CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4099|Reply: 58

Pelakon lelaki popular didakwa di mahkamah esok. #4, Sharnaaz Ahmad didakwa di mahkamah esok. #40, [VIDEO] Tiba di mahkamah. #45, Mengaku tidak bersalah

[Copy link]
Post time 18-1-2023 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 18-1-2023 04:28 AM

Pelakon lelaki popular didakwa di mahkamah esok

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... a-di-mahkamah-esok/

Oleh AZMI NORDIN
17 Januari 2023, 11:38 pm


Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pelakon lelaki popular yang ditangkap kerana didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut, di sini akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur, esok.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, individu berusia 37 tahun itu akan didakwa esok di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Dia dijangka akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pukul 9 pagi, esok.

”Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, pelakon lelaki berusia pertengahan 30-an itu direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, di sini, Jun lalu.

Pelakon yang mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.

Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 08:49 AM | Show all posts
janda kak nab la sapa lg......kes pukul yg kat kondo
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Harian netro siap keluar gsmbar janda kak nab...kol 9 bicara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2023 08:58 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 18-1-2023 01:29 AM

Sharnaaz Ahmad didakwa di mahkamah esok

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wa-di-mahkamah-esok

Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]

Disiarkan pada: Januari 17, 2023 @ 11:52pm


SHARNAAZ Ahmad. FOTO Arkib NSTP.

Kuala Lumpur: Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, lelaki berusia 38 tahun itu akan berdepan pertuduhan mencederakan orang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Sharnaaz akan dituduh di mahkamah pada jam 9 pagi," katanya kepada pemberita.

Pada 16 Jun tahun lalu, Sharnaaz ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut, di sini.

Eng Lain dilaporkan berkata. suspek ditahan selepas mangsa yang juga penghuni kondominium tampil membuat laporan polis mendakwa dipukul suspek dan lebam di mukanya.

Beliau dipetik berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat lain meminta rakannya membeli minyak masak.

Bagaimanapun rakannya itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan di kondominium terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran antara mangsa dengan pengawal keselamatan itu.

Kebetulan ketika kejadian itu, pelakon terbabit yang melihat insiden datang menegur mereka sebelum bertukar sebaliknya apabila dia didakwa bertindak menumbuk mangsa.

Berikutan kejadian, pelakon itu direman tiga hari dan dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk pertuduhan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
popular?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku vote supaya nanas bersalah. Tak kira la apapun tp bila ko letak tgn kt org koo yg salah

Mintak2 kena penjara

Gituhh aku membenci nanas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
xfhm cite ni..dia p tumbuk guard ke sapa...kwn dia nk hntr mnyk..guard xbg kn...dia p tumbuk guard?
ok la gf dia blh angkat kaki skrg...kalau ada la..si azira tu dh x ngan dia kot kn
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 09:22 AM | Show all posts
@dudaberhias ni boleh jadi kategori beruk salji la kan? perhilitan xsempat kutip, mahkamah kutip dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib la Azira ni tak jadi dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni mmg thug. Tu je boleh ckp. Ingat jadi baran tu cool ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
he terlajak protein atau pun terlajak rempah, dalaman panas sokmo.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Baran tak bertempat... apa sekali pun kenapa kau perlu masuk campur ??
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 09:41 AM | Show all posts
Baran tak boleh bincang
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlakon dlm filem sambdol yg gangsteer tu kan..
Boikot
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 18-1-2023 08:58 AM
Sharnaaz Ahmad didakwa di mahkamah esok

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wa-di-mahkamah-esok

Awat ghope tamil sgt dia ni skrg
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ha ha ha aku ketawwa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
epal_putih replied at 18-1-2023 09:43 AM
Berlakon dlm filem sambdol yg gangsteer tu kan..
Boikot

Ada ke? Yg I ingat dia berlakon Juvana jadi Lan Todak. Sampai ada kes buli kat sekolah pun sbb nk jadi mcm Lan Todak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
aammyy replied at 18-1-2023 09:51 AM
Ada ke? Yg I ingat dia berlakon Juvana jadi Lan Todak. Sampai ada kes buli kat sekolah pun sbb nk  ...

Ada yg baru ni kan sol buat filem gangster

Nk suruh remaja masa kini ada cita2 nk jadi gangster agaknya. Aku mmg tak kan kasi ank2 aku tgk cite2 bodo yg bole merosakkan .

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa mesti nanas nak calm downkan guard dua ketul tu tp sorg tu mesti kurang ajar kat dia. Tu yg terus tumbuk. Anyway, guard tak bagi masuk biasa ada reason la kan? Kalau rumah iols, kalau guard jaga camni memang iols happy je
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 10:13 AM | Show all posts
Sebenarnya IO dah buat keje. Masing lepas dgn jaminan polis. Ni mesti masa sign surat bail polis tu, lepas tu gatal2 nak bawak gak kes ni. Betul2 buang masa majistret.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045146 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list