CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1112|Reply: 6

Semua Tak Kenal, Sampai Sekarang Tak Tahu Anak Siapakah Ini?

[Copy link]
Post time 17-1-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Kajang: Kanak-kanak lelaki mangsa dera seluruh tubuh yang ditemui di tepi jalan berhampiran Cheras Utama, di sini, 13 Januari lalu, masih dalam keadaan trauma.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kanak-kanak dianggarkan berusia tiga hingga empat tahun itu masih enggan bercakap meskipun dengan bantuan jurubahasa Myanmar.




Foto: Harian Metro




"Apabila jurubahasa terbabit bercakap dalam bahasa Rohingya, kanak-kanak itu seperti tidak faham. Dia tidak mahu bercakap tetapi dia boleh menulis angka satu hingga 10 dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.


"Namun, dia masih tidak mahu bercakap dan hanya dilihat tersenyum. Mungkin dia masih dalam keadaan trauma," katanya selepas melancarkan Op Selamat 19/13 sempena Tahun Baru Cina 2023 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), di sini, tadi.


Mohd Zaid berkata, pihaknya belum mendapat laporan perubatan kanak-kanak itu memandangkan pihak Hospital Kajang masih menjalankan pemeriksaan.


"Apa yang kita nampak adalah kecederaan fizikal dan pihak hospital masih menjalankan pemeriksaan dalaman terhadap kanak-kanak itu.


"Mangsa sudah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut, namun masih ditempatkan di hospital untuk pemantauan," katanya.


Beliau berkata, pihaknya menggunakan pelbagai kaedah bagi mengesan waris kanak-kanak itu yang masih belum ditemui sehingga kini.


"Kita ada bawa gambar kanak-kanak itu di sekitar lokasi dia ditemui termasuk di kawasan perumahan berhampiran, namun tiada individu yang mengenalinya.


"Malah, kita juga ada membuat hebahan berserta gambar kanak-kanak itu dalam kumpulan WhatsApp penduduk dan masjid di kawasan berkenaan.


"Justeru, kita mohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris kanak-kanak berkenaan supaya menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi di tepi jalan di Cheras Utama, di sini, jam 11.30 malam, 13 Januari lalu.


Mohd Zaid dipetik berkata, kanak-kanak itu ditemui di tepi jalan berhampiran sebuah apartmen dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi.


Katanya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap mangsa tidak menjumpai sebarang butiran atau dokumen pengenalan diri.


Menurutnya, mangsa yang berpakaian lengkap ketika ditemui dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ritu bukan kata bapak mabuk mak pon kena pukul ke. ingat dah tau anak sapa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah dia pun takde tv agaknye mcm mne la nk tau anak kt mana
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh pandai budak ni kalau gini. Kesian betul...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
blh jd tak makpak dia tu sebenarnya warganegara tapi antivaks, beranak dulu pon ngan dola doli jah sbb tu tak vaksin, pastu homeschool pulak mcm anak sohai
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 08:21 AM | Show all posts
pepelik je. bodo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2023 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
brp ramai anak warga asing terbiar humban bagi kerajaan tanggung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060050 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list