CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas polis ditahan bersama ganja RM1.13 juta

[Copy link]
Post time 16-1-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Bekas polis ditahan bersama ganja RM1.13 juta

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   16 Januari 2023    12:05pm






Mohd Shuhaily (tengah) menunjukkan ganja mampat yang dirampas pada sidang media pada Isnin.




GEORGETOWN - Seorang bekas anggota polis berpangkat Koperal ditahan bersama isteri dan rakannya dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis ganja di Penaga, Seberang Perai Utara pada 13 Januari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam tangkapan itu, polis merampas 453 ketulan mampat ganja seberat 451.870 kilogram (kg) bernilai RM1.13 juta.

Menurutnya, polis menahan bekas anggota polis berusia 33 tahun itu ketika berada di atas motosikal di tepi jalan di hadapan rumahnya pada jam 7.30 malam.

"Ketika pemeriksaan dijalankan, kita merampas 10 ketulan mampat daun kering berbalut kertas berwarna keemasan dadah ganja seberat 10.166 kg bernilai RM25,000.

"Susulan daripada tangkapan tersebut, kita menyerbu rumah suspek lalu menahan isterinya yang berusia 33 tahun. Di rumah tersebut, kita merampas 443 ketulan mampat dadah jenis ganja seberat 441.704 kg bernilai RM1.11 juta," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Menurut Mohd Shuhaily, selepas pasangan suami isteri itu ditahan, polis menahan seorang lagi lelaki warga tempatan berusia 42 tahun yang merupakan dalang sindiket berkenaan.

"Kita menahan suspek ketiga di rumahnya yang terletak berdekatan dengan rumah suspek pertama, pada jam 8.30 malam. Tiada rampasan dadah pada suspek ketiga, hanya wang tunai bernilai RM37,000 sahaja.

"Hasil risikan, sindiket yang didalangi oleh ahli perniagaan tersebut bergiat aktif sejak awal 2022 dan kesemua dadah tersebut untuk pasaran tempatan.




"Siasatan awal mendapati, sindiket ini memperoleh bekalan dadah dari negara jiran susulan tulisan yang terdapat pada guni yang berisi dadah tersebut. Hasil siasatan juga mendapati, semua urusan pembelian dadah ini dijalankan melalui laluan laut," katanya.

Beliau berkata, suspek pertama merupakan bekas anggota polis yang bertugas di Marang, Terengganu dan dibuang kerja sejak 2018.

"Dia yang 11 tahun berkhidmat telah dibuang kerja setelah mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya di atas kesalahan dadah. Ujian saringan air kencing suspek positif dadah dan dia mempunyai satu rekod jenayah melibatkan dadah.

"Sementara itu, isterinya yang bekerja sebagai pekerja kilang dan suspek ketiga negatif dadah. Kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan 906,740 penagih sekiranya ia terlepas ke pasaran," katanya.

Mohd Shuhaily berkata, polis turut menyita tiga buah kereta bernilai RM345,000 dan dua buah motosikal bernilai RM34,500.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan adalah RM1.55 juta. Kesemua tangkapan direman tujuh hari sehingga 20 Januari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.582162 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list