CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 725|Reply: 0

Shah Rukh Khan Ajak Peminat Masuk Hotel Jam 2 Pagi, Untung Siap Dapat Cium

[Copy link]
Post time 16-1-2023 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Sikap mesra pelakon terkenal Shah Rukh Khan mengundang peminat ke bilik hotel pada lewat malam menjadi bualan hangat netizen di media sosial.


Portal The Indian Express melaporkan, peminat dikenali sebagai Jatin Gupta dan juga Pawan Pathaan telah mengejar Shah Rukh Khan sehingga ke bilik hotel ketika menghadiri acara Auto Expo 2023 di Delhi, India.


Nasib menyebelahi mereka apabila Shah Rukh Khan menjemput dua peminatnya itu ke bilik penginapan meskipun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.




Foto: The Indian Express




Enggan mensia-siakan kesempatan tersebut, Jatin dikatakan telah bergambar dengan bintang tersebut malah turut mencium pipinya.


"Terima kasih Shah Rukh Khan kerana sudi meluangkan masa untuk kami walaupun sudah pukul 2 pagi. Dia telah memanggil kami masuk ke dalam hotel dan memberikan layanan yang baik sepanjang pertemuan.




Foto: The Indian Express







"Terima kasih dan minta maaf kerana mengganggu malam awak tapi saya sangat meminati anda," katanya.


Shah Rukh Khan sememangnya sentiasa diekori peminat di negara itu malah ada juga yang sanggup berdiri lama di hadapan rumah aktor berkenaan semata-mata untuk bertemu dan bergambar. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.418579 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list