CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 1

'Kalau Terus Ditolak Rakyat, Tutup Je Umno' - Ku Li

[Copy link]
Post time 15-1-2023 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Umno dilihat perlu melakukan perubahan untuk terus relevan atau berdepan risiko terus ditolak rakyat dalam pilihan raya akan datang.


Perkara itu dinyatakan veteran Umno Tengkus Razaleigh Hamzah, yang menegaskan adalah lebih Umno dibubarkan sahaja sekiranya terus ditolak rakyat.


"Umno mesti ada perubahan. Kalau tidak Umno tidak boleh hadapi pilihan raya negeri dan akan kalah teruk. Kalau ditolak terus oleh rakyat, lebih baik tutup sahaja parti,” katanya seperti dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini.




FB




Dia berkata terpulang kepada barisan kepimpinan Umno untuk menumpukan usaha bagi mendapatkan semula sokongan rakyat.


Pada PRU15 lalu Umno merekodkan prestasi terburuknya apabila hanya menang 26 kerusi Parlimen berbanding 54 Parlimen pada PRU14.


Parti komponen BN lain pula hanya menang empat kerusi, menjadikan kerusi keseluruhan yang dimiliki gabungan itu kepada hanya 30.


Sementara itu Tengku Razaleigh yang juga bekas ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal juga berpandangan kerajaan pada masa ini belum cukup kukuh.


Katanya, ini kerana kes mahkamah yang dihadapi presidennya Ahmad Zahid Hamidi akan mempengaruhi barisan kepimpinan parti itu nanti.


"Keadaan sekarang masih tidak menentu. Sekarang ini walau Anwar (Ibrahim) mendapat sokongan dalam Parlimen, beliau tetap bergantung kepada 30 ahli Parlimen BN," katanya lagi.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Yelah, balik2 under table. Balik2 kroni. Balik2 kau selamatkan aku, aku selamatkan kau.
Rakyat dah bosan, tau tak?? Contoh terdekat : Tiberrr semua kena pilih balik, except for 2 positions in Umno. Whatdefak?! Adil kah itu? Meh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.439159 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list