View: 965|Reply: 10
|
Budak 3 Tahun Lemas Di Dalam Mesin Basuh Ketika Keluarga Makan Malam
[Copy link]
|
|
Pihak berkuasa Paris melancarkan siasatan Jumaat lalu selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah mesin basuh milik keluarganya, lapor portal berita MailOnline.
Menurut pihak pendakwa raya, kanak-kanak tersebut ditemui di dalam mesin basuh itu di sebuah apartmen milik keluarganya di timur laut Paris pada malam Khamis lalu.
Gambar hiasan
Kehilangan kanak-kanak itu pada mulanya hanya disedari ketika bapanya makan malam bersama ibunya serta salah seorang anak mereka yang lain, lapor akhbar Le Parisien.
Pada akhir makan malam itu, ibu bapanya menjadi bimbang tentang ketiadaan anak mereka. Ia menyebabkan seluruh keluarga pergi mencarinya di bahagian dalam dan di luar apartmen dan meminta bantuan jiran mereka.
Bagaimanapun, Le Parisien melaporkan bahawa mangsa akhirnya ditemui kira-kira pukul 10.30 malam (waktu tempatan) di apartmen tersebut dan bapanya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Menurut Le Parisien, kanak-kanak itu sudah berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan dan dia disahkan meninggal dunia sejurus selepas pukul 11.30 malam (waktu tempatan).
Menurut bapanya, pintu mesin basuh itu berada dalam keadaan tertutup sebelum ahli keluarga menemui anak mereka berada di dalamnya.
Maklumat awal menunjukkan bahawa kematian kanak-kanak tersebut boleh dikaitkan dengan sesak nafas dan tiada tanda-tanda keganasan pada tubuhnya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
aduhia..kesiannya anak..warga kokosen pon x kurang bengapnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya, so dia masuk kemudian berdiri tangan tak sampai nak tolak pintu? Andaikan kalau jenis pintu kat atas tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba tanya adik-beradik mendiang. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti front loader kan. Seram la front loader ni.. tp kat luar negara front loader ni lagi femes. Rasanya sebab jimat air. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 memang suka main front load washer ni. Aku tengok pun seram, no wonder boleh jadi kes macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tula aku terbayang mesin basuh macam gambar atas tu kalau budak2 main masuk buka tutup. Haishhh. Dryer semua jenis cmtu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Carcosa at 16-1-2023 01:30 AM
Haiyooooo, apooooo makpak budak ni perasan anak kecik sonyap yo, lepas diorang abis mencekik dinner yach. Aku dulu anak aku baya2 ni, budak tu tak lepas dari pandangan aku yach. Budak ni mati bukan sbb drowning lah kot ek? Cuba baca news omputeh ni. Anak2 bersepah sapih, mencekik dinner asing2, sampai makpak dia taktau apa anak2 yg lain tgh buat.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Budak kalau diam je, kita xnampak depan mata, cepat2 la pergi cek |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo mengikut size anak jiran aku yg 3 tahun jugak...aku yakin tidak ada washing machine yg big enough to even masukkheun bontotnya...let alone the whole body.....kecuali of course the giant industrial washer.....
So i cannot imagine how small this 3 yr old child is.....and anyway for the machine to start operating....it has to be closed first dan adakeww budak iteww menutupnya sebaik dia berada didalam....?
Takziah buat keluarga......
Dan aku tak boleh imagine the state of the body if indeed the machine start running while she was inside...
SUBHANALLAH... |
|
|
|
|
|
|
| |
|