View: 775|Reply: 4
|
Jadi Isteri Keempat, Lelaki 50 Tahun Dipenjara Seumur Hidup Sebab Kahwin Dengan Budak 9 Tahun
[Copy link]
|
|
NAIROBI – Seorang lelaki berusia 50 tahun di Kenya yang mengaku berkahwin dengan budak perempuan berumur sembilan tahun telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, lapor portal berita Daily Monitor.
Saigulu Ololosereka dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Narok selepas dia dapati menyebabkan gadis itu hamil selepas mengahwininya.
Semasa membuat pengakuan pada 9 Januari lalu, Ololosereka berkata, dia mengahwini budak perempuan itu pada 2019 ketika isterinya baru berumur sembilan tahun dan bergelar isteri keempatnya.
Foto: Daily Monitor
Gadis itu kini berusia 12 tahun dan masih menjalani rawatan di sebuah hospital di Narok selepas menjalani pembedahan Caeserian setelah mengalami kesukaran melahirkan anak.
Semasa menyampaikan penghakiman, Hakim Phyllis Shinyada menyifatkan tertuduh sebagai tidak menyesali perbuatan itu dan menyebabkan gadis tersebut menderita secara fizikal dan psikologi. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
uish, dasyat gak seumur hidup ee. bapak budak tu xkena pape ke. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg elok pon sumbat dlm pnjara gatei kotey kwen dgn bebudak bingai |
|
|
|
|
|
|
|
aduh. takleh brain aku baca cite2 macamni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|