CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 616|Reply: 6

Bagi Status Wilayah Kepada Sabah Dan Sarawak - Dr Jayum Jawan

[Copy link]
Post time 14-1-2023 09:23 PM | Show all posts |Read mode
Pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan bagi mengiktiraf atau memberi status wilayah kepada Sabah dan Sarawak, kata Pensyarah Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Datuk Dr Jayum Jawan.


Beliau berkata ini kerana pengumuman mengenai pertukaran status dari negeri ke wilayah tanpa sokongan perundangan kukuh tidak membawa makna signifikan.




Bernama




“Apa atau bagaimana Sabah dan Sarawak akan dipanggil, Perlembagaan Persekutuan (buat masa ini) masih melihat, meletakkan dan melayan dua ‘wilayah’ itu sebagai dua dari 13 buah negeri dalam Persekutuan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang berkata kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri sebaliknya wilayah.


Dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2022, Ahmad Zahid berkata pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur menjadikan kedudukan wilayah Sabah dan Sarawak menjadi lebih strategik untuk dibangunkan sebagai kawasan pertumbuhan baharu.


Mengulas lanjut, Jayum berkata semua hak dan keistimewaan bagi Sabah dan Sarawak juga sudah sedia ada dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta terdapat juga yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan.


Katanya setakat ini apa yang diberikan Kerajaan Persekutuan buat Sabah dan Sarawak bukan sesuatu baharu tetapi hanya melaksanakan apa yang sudah ada di dalam MA63 serta Perlembagaan.


“Semua sudah digariskan termasuk kuasa Imigresen. Sebab itu, Sarawak boleh menafikan sesiapa untuk masuk ke kawasannya jika mendapati mereka mengancam keselamatan dan keharmonian.


Menurut saya, apa yang perlu dilakukan kini ialah agar kuasa itu diperhalusi untuk menyesuaikannya dengan peredaran masa kerana sasaran dulu (1960-an) sudah berubah,” katanya.


Selain itu, katanya pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak juga sudah jelas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.


Pada 4 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin sekarang perlu mempunyai tekad untuk mempertahankan semangat Malaysia dalam MA63 selain menghormati perjanjian itu yang merupakan keputusan serta cerminan kebijaksanaan kepimpinan terdahulu.


Anwar turut mengumumkan jumlah peruntukan bagi geran khas kepada Sabah dan Sarawak mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan harus dikaji setiap lima tahun agar jumlahnya lebih munasabah selain bersetuju supaya pelaksanaan mana-mana projek dengan kos di bawah RM50 juta di kedua-dua negeri diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan perlu mematuhi peraturan kewangan.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2023 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohlah jayun jawan ni. Fyi heshe ni pro gps (bn)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
So Sabah & Sarawak ada freeshipping kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 14-1-2023 11:05 PM
So Sabah & Sarawak ada freeshipping kan kan

Cut berapa utk free shipping?

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 14-1-2023 03:07 PM
Cut berapa utk free shipping?

Mana ada freeshipping dah.
Harga tahun 2016 500gram guna poslaju
Rm13.20.
Skrg x tahu berapa.
U tau 500 gram tu barang apa ?
Mouse komputer
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Whateva la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2023 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 14-1-2023 03:37 PM

So? Dapat apa jika diiktiraf sebagai wilayah? Ko dapat full 100% kuasa autonomi ka? Dapat buat hospital baru fully equipped idok understaffed atau guna peralatan tahun 70an di setiap daerah kah? Why bother if there is no big gain?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.146345 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list