CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 504|Reply: 1

Murid 'Dibawa' Menari Tarian Tiang Ketika Lawatan Sekolah

[Copy link]
Post time 14-1-2023 09:19 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah sekolah di Amerika Syarikat (AS) berdepan gelombang kemarahan orang ramai kerana menganjurkan lawatan pelajar ke sebuah restoran yang mengadakan aktiviti tarian tiang, lapor akhbar Daily Star.


Anggota kelab pancaragam dan orkestra gred enam Sekolah Komuniti Rochester dibawa ke restoran Niki’s Pizza di Detroit selepas persembahan Orkestra Simfoni Detroit.




FOX 5




Selepas kes itu tular, pihak sekolah menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap seorang individu kerana mendedahkan lawatan tersebut.


Lelaki bernama Andrew Weaver mengulas mengenai keputusan sekolah itu dalam satu hantaran di laman Facebook.


“Pelajar dipindahkan dari Niki’s Pizza kerana kekurangan ruang dan mereka dibawa ke ruang lounge di mana mereka mencuba tarian tiang,” demikian ulasan Weaver.


Wakil Sekolah Komuniti Rochester, Lori Grein bagaimanapun menafikan dakwaan itu.


Dalam satu kenyataan, Grein berkata: “Cadangan lawatan lapangan dinilai oleh pasukan kurikulum dan memerlukan slip kebenaran ibu bapa/penjaga.


“Keselamatan pelajar, kakitangan dan komuniti sekolah sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.


Pemilik Niki’s Pizza, Agatha Kefallinos berkata: “Biasanya apabila menerima kumpulan pelanggan lebih daripada 100 orang, kami memberi mereka pilihan untuk pergi ke tingkat dua yang dikendalikan sebagai sebuah kelab pada malam Sabtu tetapi ditutup pada siang hari.


“Kami telah melakukannya selama 20 tahun. Kami mempunyai berpuluh-puluh kumpulan sekolah, dan tidak pernah ada isu,” jelasnya.


Kefallinos menambah, tiang-tiang itu hanyalah sebahagian daripada hiasan di restorannya, lapor akhbar New York Post.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2023 09:47 PM | Show all posts
bertabahlah makpak yg anak2nya main dan pegang tiang tuh. eeewww balik rumah time mandi haruslah disental abis2an.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.261514 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list