CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Iran Jalani Hukuman Mati Kerana Jadi Pengintip MI6

[Copy link]
Post time 14-1-2023 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Bekas timbalan menteri pertahanan Iran Alireza Akbari menjalani hukuman mati pada pagi Sabtu beberapa hari selepas dijatuhi hukuman itu atas tuduhan mengintip, lapor Agensi Anadolu.


Akbari yang memegang dua kerakyatan Iran-British, dihukum mati atas tuduhan rasuah dan mengancam keselamatan negara.




CNN




Bekas pegawai kanan itu didapati bersalah menjalankan pengintipan untuk agensi perisikan British MI6 sebagai pertukaran bagi memperoleh gaji lumayan dalam mata wang asing.


Akbari yang berkhidmat dalam Kabinet bekas Presiden Iran Mohammad Khatami (1997-2005), mengintip isu berkaitan pertahanan dan hal ehwal peluru berpandu negara itu, sekatan, rundingan nuklear dan isu serantau, menurut kenyataan itu.


Dia dijatuhi hukuman mati awal minggu ini dan menurut jabatan media kehakiman, Akbari merupakan antara penyeludup terpenting MI6 di "pusat sensitif dan strategik negara.


Akbari direkrut perkhidmatan MI6 semasa mendapatkan visa daripada Kedutaan British di Tehran dan kemudian menjadi pekerja sepenuh masa agensi itu.


Sementara itu, Perdana Menteri Britain Rishi Sunak pada Sabtu menyifatkan hukuman mati oleh Iran itu sebagai "tindakan pengecut" dan mengecam tindakan berkenaan.


"Saya terkejut dengan hukuman mati terhadap warga Britain-Iran Alireza Akbari di Iran. Doa saya bersama rakan dan keluarga Alireza," kata Sunak di Twitter.


Sementara itu Setiausaha Luar Britain James Cleverly dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan memanggil Kuasa Usaha Iran untuk menjelaskan pendirian Britain terhadap tindakan Iran itu.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.528372 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list