Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha memaklumkan dia dan isterinya bakal menerima cahaya mata ketujuh mereka, namun bukan kembar.
Beliau berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagramnya semalam selepas membawa isterinya membuat pemeriksaan kandungan.
Pada masa sama, Dr. Sheikh Muszaphar memuat naik video menunjukkan mereka membuat pemeriksaan jantung bayi yang kini berusia 12 minggu.
Foto: IG
Beliau turut meluahkan hasratnya untuk memiliki anak kembar lagi, tetapi tidak kesampaian kerana hanya ada satu degupan jantung bayi dikesan ketika pemeriksaan kandungan.
“Bukan kembar kali ini. Saya minta Dr. Imelda untuk mencari anak kembar seorang lagi, mungkin sorok dibelakang uterus.
“Tetapi doktor cakap hanya ada satu degupan jantung. Tetap bersyukur, Alhamdulillah. Maybe next one (Mungkin lain kali),” tulisnya.
Katanya lagi, keadaan bayinya itu dilihat membesar seperti saiz sebiji buah pear dan degupan jantungnya kedengaran sangat kuat.
Selain itu, bacaan gula isterinya juga berada pada paras yang kurang baik disebabkan kurang mendapat rehat secukupnya.
“Tahap gula Dr. Halina (isteri) perlu dipantau, kemungkinan tak cukup tidur sebab kuat bekerja sehingga pukul 12 tengah malam masih di hospital,” katanya ketika berkongsi keadaan isterinya itu.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kandungan tersebut selamat dan urusan mereka sekeluarga dipermudahkan. -CARI
Post time 14-1-2023 10:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ayoyo.. ni Dr gile glamer n tak sayang bini.mentang mentanglah bukan badan ko .. nk Suh bini beranak lagi utk kembar..what the purpose ko nk anak kembar byk byk..nk dpt juara bpk anak kembar paling byk ke. Choi lah ko. Keje pun malas..pegi la keje ..bini ko keje sorang..ko mencapub jek kt med sos..
Post time 14-1-2023 11:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia buat rawatan ke untuk dapat kembar? Soalan serius ni. Senang betol nak kembar dapat nak je dapat. 2 pasang dah. Cume kali ni xdapat.
Dr Harlina ok2 je sebab anak2, sekolah anak, kerja rumah laki yang buat. Dia g kerja pun happy what..tak serabut hal rumah. Leh tenang2 makan dan sembang dengan kawan sekerja.
Post time 14-1-2023 11:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Yg komen knp suruh bini branak ramai² tu paham dak it takes two to tango.
Dua² tuh duktur. They know & understand the risks much better than we do.
How exactly hgpa cook the idea dlm kepala yg bini dia kna paksa branak ramai²? Org pempuan ni don't get to choose lgsung ke bab branak²? Tak kan?
Point is,depa mampu membiak ramai². Ank² wangi & pandai². Bapaknya hands on.
Yg branak 2-3ketul pn belum tentu mampu duduk sama rendah,berdiri sama tggi mcm depa bab parenting ni.
Agak² depa mngeluh dak makanan kantin makin mahal? OPR nek 3-4x? don't think so.
#donebekapT20ankramai
Post time 14-1-2023 12:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bakingsoda replied at 14-1-2023 12:16 PM
no 6 hari tu pon ada komplikasi tak silap, aku harap dr harlina sendiri yg anak ramai bukan ikut c ...
Sms yg nak tambah siap buat statement panjang lebar kan pujuk bini.. dah byk kali nampak dia pujuk2 bini kat ig.. bini pun terpaksa redha nanti laki majuk.. ada netz komen susah tak umur camni, sms ckp 1st trimester je susah pastu dah ok.. cam ko lak yg beranak
Post time 14-1-2023 12:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lattehazelnut replied at 14-1-2023 12:36 PM
Bini dia klau boleh xnak dah
Kalo sungguh tanak xbunting dah. Aku bukan duktur laki soh branak lg pn aku xkoser melayan.Tatau la pulak kalo SM sumpah bini dia masuk melaka kalo tanak branak dah pasal aku tak dok serumah ngn depa
#mybodymychoicegitohhhhhh
Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha memaklumkan dia dan isterinya bakal menerima cahaya mata ketujuh mereka, namun bukan kembar.
Bukan angkasawan cowboy hokey....!!!
Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (Jawi: شيخ مظفر شکور المصري بن شيخ مصطفى; lahir 27 Julai 1972) merupakan doktor bedah ortopedik Malaysia dan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (kini bergelar "Tun") pada 25 September ..
Have two years of related work experience (or 1,000 hours pilot-in-command time on a jet aircraft) Pass the NASA flight astronaut physical. Possess a master's degree in a STEM field from an accredited institution.