View: 1255|Reply: 15
|
Kembang Tekak! Nasi Kukus Lauk Kepala Tikus
[Copy link]
|
|
Tak pernah terfikir lauk ayam yang dimakan sebenarnya kepala tikus!
Seorang pelanggan yang selesai menjamu selera di sebuah restoran nasi kukus 'kembang tekak' apabila meneliti apa yang telah dimakannya.
Isu melibatkan kebersihan restoran sejak kebelakangan ini nampaknya semakin menjadi-jadi dan 'lauk kepala tikus' ini hanya menambah kebimbangan pelanggan.
Menerusi video berdurasi 11 saat itu, dapat diperhatikan bagaimana pelanggan di restoran tersebut sedang menggaul baki nasi di atas kertas pembungkus bersama lauk yang didakwa sebagai tikus.
Bagaimanapun tikus itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana sudah bersalut kuah, tetapi dapat dilihat bulu panjang seperti misai dalam video yang dikongsi selain teksturnya nampak kenyal ketika disentuh pelanggan itu.
Rata-rata netizen tertanya-tanya bagaimana pelanggan itu tidak sedar adanya benda asing itu di dalam makanannya.
Menerusi ruangan kapsyen dalam hantaran asal di TikTok, video itu difahamkan dirakam di sebuah restoran nasi kukus di Sabah.
Pemilik video itu juga mendakwa restoran terbabit telah ditutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Netizen meminta maklumat yang lebih jelas daripada individu yang berkongsi posting tersebut agar dapat dijadikan peringatan untuk kedai makan lain dan pelanggan tidak pergi ke restoran itu.
"Ya Allah, teruknya kedai ni kat mana ni.
"Admin tolong bagi maklumat yang lebih jelas.
"Dekat mana ni tolong la beritahu supaya boleh elak," kata sebilangan warga maya.
Seorang warga maya juga membuat tekaan dengan mengatakan mungkin tikus itu terjatuh ke dalam kawah masakan tanpa pengetahuan pemilik atau tukang masak restoran.
"Mungkin tikus jatuh dalam lauk atau ada yang sabotaj tak mustahil," ujar warga maya itu. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo tul xletak nama kedai.. main teka teki lak. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg dapat badan tikus agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm
Anak teruna macik tunjuk bidio nih semalam
Terus tak lalu nak makan nasi
Dok teringat
Order kotiau kungfu sebagai ganti
Uwekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi kukus kepala tikus  |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 14-1-2023 11:34 AM
Hmmmm
Anak teruna macik tunjuk bidio nih semalam
Terus tak lalu nak makan nasi
Over… belacan kategori bangkai ko melantak jugk khuens? Siap tambah nasi just admit it!
Kahkahkahkah.. |
|
|
|
|
|
|
|
stingerkaypoh replied at 14-1-2023 01:58 PM
Over… belacan kategori bangkai ko melantak jugk khuens? Siap tambah nasi just admit it!
Macik resdung sayammm
So tak boleh makan belacan |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 14-1-2023 10:01 AM
Bodo tul xletak nama kedai.. main teka teki lak.
Nasi kukus putatan dia tulis kat caption tu. Putatan tu kat kota kinabalu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah lama tak makan kat kedai...inilh sebabnya isu kebersihan |
|
|
|
|
|
|
|
Tambah raso-raso   |
|
|
|
|
|
|
|
xberani dah nak mkn benda berkuah xdpt detect apa benda dlm nya. seramnya. boleh trauma xmkn seminggu agaknya kalau jadi kat diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Extra meat, extra protein gitewww  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku setahunlah x mkn kedai jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni jarang nak geli tengok gambar
tapi kali ni tengok je terus nak termuntah  |
|
|
|
|
|
|
| |
|