|
Bahan-Bahan Untuk Resepi Kek Pisang
1 cawan pisang yang telah dilenyek
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak
1 cawan gula halus
Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Kek Pisang
1- Pukul telur dengan gula sehingga menjadi kembang (untuk lebih pantas, anda boleh gunakan blender).
2- Kemudian, setelah itu masukkan minyak dan pisang.
3-Setelah itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul hingga sebati hingga tiada ketulan tepung.
4-Masukkan adunan ke dalam bekas tin.
Kukus kek menggunakan pengukus selama 45minit.
Tips Berguna:
-Gunakan pisang yang telah masak ranum.
-Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan kek.
-Boleh tambahkan sedikit coklat chip untuk rasa coklat.
-Oleskan permukaan bekas tin dengan sedikit minyak supaya kek tidak melekat.
-Cucuk lidi pada tengah kek untuk memastikan kek masak sepenuhnya. Pastikan adunan tepung tidak melekat pada lidi.
Selamat mencuba!
Sumber : theresepi.com
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ai baru je buat semalam
terlebih pisang Maka jadilah BINGKA pisang
|
|
|
|
|
|
|
|
tertengok satu resepi dia letak jus limau dlm resepi kek pisang, may be boleh cuba, boleh thu rasa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Letak esen pisang pun boleh tapi jangan letak banyak
Esen oren belum pernah cuba, nanti leh try combination pisang & oren
|
|
|
|
|
|
|
| |
|