CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1089|Reply: 8

Bilionair Disaman Di Pulau Miliknya Sendiri Kerana Pandu Laju

[Copy link]
Post time 13-1-2023 06:28 PM | Show all posts |Read mode
Salah seorang lelaki terkaya di dunia telah disaman selepas memandu laju di sebuah pulau di Hawaii yang menjadi miliknya, lapor akhbar New York Post semalam.


Mogul teknologi, Larry Ellison mengaku salah melanggar undang-undang jalan raya selepas diminta berhenti oleh polis trafik di Pulau Lanai kerana memandu laju dan melanggar arahan papan tanda berhenti.




New York Post/Getty Images




Ellison merupakan pengasas bersama syarikat perisian komputer, Oracle dan orang keenam terkaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih yang dianggar majalah Forbes berjumlah AS$108.3 billion (RM469.5 bilion).


Pada Oktober tahun lalu, beliau dihentikan oleh seorang polis trafik ketika sedang memandu kereta jenama Corvette berwarna jingga berhampiran Manele Road


“Sebab saya menahan kamu adalah kerana kamu melanggar arahan papan tanda berhenti dan memandu laju,” kata anggota polis kepada Ellison dalam rakaman kamera badan yang disiarkan minggu ini.


Rakaman tersebut pada awalnya diperoleh oleh laman berita Hawaii News Now.


“Jika saya bersalah, saya minta maaf,” jawab Ellison, yang membeli kira-kira 98 peratus daripada hartanah di Pulau Lanai pada harga AS$300 juta (RM1.3 bilion) lebih sedekad lalu.


Pegawai itu kemudian bertanya kepada Ellison: “Ada sebab mengapa khususnya?”


“Saya cuba pulang ke rumah untuk makan malam dengan anak-anak saya tetapi tiada alasan. Tiada alasan yang baik,” jawab Ellison.


Ellison mencari beberapa dokumen yang diminta selama beberapa minit sebelum memberitahu anggota berkenaan bahawa dia tidak membawa lesen memandunya.


Anggota  Jabatan Polis Maui yang bertugas di Pulau Lanai itu kemudian merekodkan kesalahan Ellison.


Wakil rakyat tempatan, Gabe Johnson memuji anggota polis itu kerana menguatkuasakan undang-undang walaupun terhadap Ellison selaku tuan tanah.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau di tanahairku geng2 payung kuning,menteri2 pasola semuanya mendonia
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila ahlak dan undang2 islam di tegakkan di negara kafir

Apa kaka nak sampaikan undang2 islam bukan sekadar hudud je? Tapi keadilan tanpa double standard

Contoh rakyat marhein kena, orang kaya orang politaik terlepas hukuman

Tujuan undang2 untuk tegakkan keadilan bukan untuk kawal golongan lemah rentan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 08:09 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-1-2023 08:05 AM
Bila ahlak dan undang2 islam di tegakkan di negara kafir

Apa kaka nak sampaikan undang2 islam bukan ...

tak perlu nak cakap islam bukan hudud sahaja.. sebab undang2 islam merangkumi hudud.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 08:20 AM | Show all posts
kat negeri sendiri, anak menteri bunuh orang pun lepas.. sial
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama Oracle ni mmg terkenal di kalangan orang IT.

Oracle ni singkatan kepada One Rich Asshole Called Larry Ellison.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 14-1-2023 09:51 AM
cmf_acura replied at 14-1-2023 08:09 AM
tak perlu nak cakap islam bukan hudud sahaja.. sebab undang2 islam merangkumi hudud.


But to be fair, orang islam melayu esp hanya kenal hudud.  Mencuri terus potong tangan padahal the investigation to why rakyat tu mencuri lagi thorough.  And if found that dia mencuri sebab nak bg makan family sebab kesilapan pemimpin yg tak boleh sediakan padahal pemimpin kaya raya dan kerjaan mampu, dia tak boleh dihukum sebaliknya kerajaan patut bertanggungjawab.  Tapi melayu terhentak2 nak hudud kalau dijalankan di serambi mekah pemimpin islam kononya, ramai pemimpin pas yg kena tu sebab sampai sekarang cannot fully implement kat sana nor sini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 12:37 PM | Show all posts
cmf_acura replied at 14-1-2023 08:09 AM
tak perlu nak cakap islam bukan hudud sahaja.. sebab undang2 islam merangkumi hudud.

tu beza kaka dengan awak. awak xfaham apa kaka sampaikan.


islam dulu datang dengan dakwah tauhid, haramkan arak, judi, merdeka kan hamba sahaya, baru hudud turun. islam bukan datang terus hudud potong tangan sana sini. no such things.

sebab tu asas islam tiada bezakan kaya miskin. semua sama sahaja. jadi undang2 hudud itu sama sahaja kepada orang kaya miskin lemah berkuasa. the point is hukum yang sedia ada sekarang pun boleh di manipulasi curi tin milo penjara bertahun curi berbillion penjara vvip.

contoh langkah haramkan pusat judi di utara tanah air tu salah satu cara nak tegakkan syiar islam bagi kaka. kira pusat judi, pusat maksiat ditutup, zakat dan ekonomi dipertingkatkan. rasuah dikurangkan. laksanakanlah hukum hudud. kalau hukum hudud di laksanakan waktu manusia tak beriman dan pusat2 maksiat bersepah akan ada double standard dan teraniaya.hukum tuhan tiada dolak dalik cuma perlaksanaan dia kena refer lah alim ulamak dan waktu bila sesuai.

sama juga riba. yang cakap riba sana sini duit dalam wallet tu pun riba, sebab tiada nilai tiada sandaran pada sesuatu bernilai seperti emas perak hanya kertas kosong yang bersandar kepada kertas kosong us dollar. sistem cycle ekonomi sendiri dah kapitalis yang mana akan beri winning advantage kepada bank dan corporate. yang looser akan lari dalam cycle sama.negara2 yang lemah currency pasti di tindas...sistem itu sendiri di cipta untuk beri winning kepada negara2 block eropah.walhal negara lemah currency ni lah tempat keluar emas, petrol, hasil tanian komoditi dunia. tapi sebab kertas fiat money negara2 lemah riba ni habis kena tindas jadi miskin mundur.

kalau berbalik kepada sistem islam should be duit ada nilai sandaran. bukan kertas kosong sahaja.contoh arab saudi yang kuasa tak kena hudud yang lemah kena hudud. camtu ke ajaran islam? tak silap kaka ada sejarah sahabat zaman khalifah rasanya pun kena hukum sebat dulu. no double standard.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2023 12:42 PM | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 14-1-2023 12:43 PM
Samerosie replied at 14-1-2023 09:48 AM
But to be fair, orang islam melayu esp hanya kenal hudud.  Mencuri terus potong tangan padahal the ...

sebab tu hukum hudud kalau dilaksanakan zaman jahiliah akan jadi senjata untuk hukum golongan lemah dan rentan. asal curi potong tangan. walhal curi sebab miskin tiada bantuan di terima anak kebulur sakit kt rumah.

ISLAM ITU TIDAK ZALIM.
manusia itu zalim sombong untuk tidak memahami ayat al quran dan praktis dalam kehidupan. ambil sekerat sekerat jadi modal politik hudud sana sini. sedangkan zaman nabi dulu dakwah tegakkan tauhid. merdeka kan hamba sahaya. tingkatkan ekonomi ummah. baru akhirnya hudud.

sebahagian acah2 islamik bicara hudud tapi yang rentan miskin kena tindas akibat ekonomi kapitalis dan corrupt hanya jadi mangsa keadaan. golongan ni esok kat padang mahsyar mereka akan tuntut keadilan hak mereka pada golongan yang zalimi mereka.

kaka setuju cm zakat wakaf dan lain2 lagi bagus untuk ummah. sistem untuk bantu golongan2 yang memerlukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.179615 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list