View: 4708|Reply: 68
|
"Orang Tengah Bahagia, Kita Raikan,"- Shuib Diboikot Gara-Gara Ucap Tahniah Pada Syamsul Yusof
[Copy link]
|
|
Ketika kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana heboh diperkatakan netizen, nama penyampai radio Suria FM iaitu Shuib turut terkena tempias gara-gara meninggalkan ucapan tahniah kepada pengarah tersebut selepas mengumumkan sudah berkahwin dua.
Melihat ia hanya sekadar ucapan kepada seorang sahabat, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, berkata dia terkejut apabila melihat reaksi netizen itu dan berpendapat hal tersebut tidak perlu diperbesarkan.
Foto: IG
“Memang terkejut kerana ramai yang kecam dan anggap saya menyokong isu poligami. Ia hanyalah sekadar ucapan apabila orang telah selamat berkahwin.
“Sehinggakan nama saya menjadi bualan di Twitter dan ada yang boikot saya. Saya pun tak faham kenapa ia jadi begitu besar.
“Janganlah sampai begitu sekali. Orang tengah bahagia, kita raikan dia sebagai pasangan yang baru kahwin,” katanya kepada mStar.
Mengakui sedikit terkesan dengan kecaman dan kata-kata negatif netizen, Shuib bagaimanapun percaya perkara yang tular di media sosial sebegini akan cepat dilupakan.
“Apabila ada yang nak boikot, mula juga rasa bimbang. Saya ini ada perniagaan dan mempunyai ramai pekerja. Takut beri kesan kepada produk sendiri.
“Bagaimanapun saya faham isu di media sosial ini tidak akan lama. Mungkin hanya seminggu dua sahaja. Nanti lama-lama orang akan lupa.
“Saya secara peribadi tiada masalah dengan isu poligami. Itu bukan satu kesalahan dalam agama,” ujarnya.
Berkongsi perkembangan kerjayanya sebagai penyampai radio, Shuib diberi kepercayaan untuk menyambung tugas di Suria bagi tempoh setahun bermula Januari 2023 selepas kontrak tiga bulan tamat sejak Disember lalu.
“Saya seronok bekerja dengan Suria. Kejayaan yang dicapai oleh Suria juga melibatkan kerjasama semua rakan setugas.
“Tahun 2023 juga saya anggap sebagai tahun bekerja. Banyak lagi projek bersama program televisyen dan saya akan lancarkan lagu baru,” jelas.
Trio Morning Morning Suria yang turut dikendalikan oleh Ajak dan Suraya Borhan mencipta sejarah apabila tersenarai dalam The Malaysia Book of Records apabila bersiaran selama dua jam dia atas kapal pelayaran pada Selasa. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Diam la ko, p kawen watitek sana |
|
|
|
|
|
|
|
Diam la shuib.. Dia kawan mcm mana dpt persetujuan bini 1 tak.. Tak kan.. So ko dia g pinang watek tue |
|
|
|
|
|
|
|
dia pun sama 2 x 5, 5 x 2 |
|
|
|
|
|
|
|
DIAM LAHHH!!! semuanya kau terpaling mangsa tak bersalah...kesinambungan hidup dalam ratapan dan kesayuan yek....hujung2 mengguli watitetek sesenyap jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org bahagia ko rai..org terluka x nk tumpang bersedih plk! Loser! |
|
|
|
|
|
|
|
Harap soib kawin lain lps kawin dgn watitek..blh netizen sama2 raikan hari bhagia |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berbahagia pada semua pengantin baru. Boleh giteww. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala ib
Ko pon menggelupor
Nk beebini... |
|
|
|
|
|
|
|
wow I've read all of these posts. it's very interesting i will follow this slope io site. |
|
|
|
|
|
|
|
Poligami ni takda orang halang, cara menuju berpoligami tu yang orang marahkan.
Lepas tu, dah berpoligami reti2 lah ambik hati pasangan2 tu, dah yang angkat akad nikah nya lelaki.
Banyak orang tak nampak apa masalah kat sini. Bab penyondol ni kita reserve comment, bak kata pepatah tepuk sebelah tangan tak berbunyi.
Kebanyakan kisah gaduh poligami ni, bila first wife tetau ada madu. Lepas tu hingaq la. Sapa tak tercalar, kena plak kalau diabaikan
Poligami tu, buat la cara berani. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak posting chuols dok cakap pasal tak dapat persetujuan bini 1Dlm Islam, nak poligami tak perlu dpt izin atau persetujuan bini no1 pun tapi undang2 Malaysia, yes perlukan persetujuan bini 1
Tu la sebab ramai pi menikah kat Telen sana sbb mmg tak mudah ye nak dpt persetujuan bini sedia ada
Bak kata UKE, buat dulu, minta maaf kemudian
Tapi pernikahan tu tetap sah disisi syarak
|
|
|
|
|
|
|
|
Lavender_Violet replied at 12-1-2023 12:11 PM
Banyak posting chuols dok cakap pasal tak dapat persetujuan bini 1Dlm Islam, nak poligami tak perl ...
Buat apa bising bising, dia kahwin dekat Thailand tu benda halal, bagus la dari berzina.
Ada betul sikit disitu tapi tidaklah betul seluruhnya.
Nak poligami memang dibenarkan, dalam Islam dituntut berlaku adil.
Adil dari segi apa ni? Kemampuan, nafkah, emosi, komitmen.
Siapa yang akan tentukan keadilan tersebut? Diri sendiri ker yang rasa mampu tu?
Tak, mahkamah yang akan tentukan. Sebab tu nak berpoligami perlukan kebenaran mahkamah.
Bukan izin isteri yer. Isteri akan dipanggil untuk memberikan pendapat. Bukan mahkamah minta izin isteri.
Ada isteri pertama yang langsung tidak tahu suaminya telah memfailkan permohonan untuk poligami, hanya tahu selepas dipanggil mahkamah.
Namun ceritanya disini happy ending untuk dua dua, sebab suami ni gentleman ikut prosedur, isteri pertama beri kebenaran sebab suaminya bukanlah orang jahat atau tidak bertanggungjawab, dan tuntutan semuanya dibincang dengan baik.
Berapa nafkah diminta - RM5k, anak anak 1k setiap seorang, rumah dan kenderaan siap semua.
Siap dapat sign up bonus lagi cash dalam 100k.
Suami pun rileks jer commit semua tu.
Begitulah cerita yang memberikan imej baik kepada lelaki dan juga agama Islam tu sendiri.
Bukan main langgar jer. Dan bukan sekadar takpalah dia bukan berzina dia pi nikah benda halal. Kalau benda ni tak tsabit pada imej Islam tu, saya pun tak rasa nak marah.
Begitulah. Tiada kena mengena dengan Sol atau Shark.
c&p Alwi Adam..
|
|
|
|
|
|
|
|
menyibuk je soeb ni ! hal kau pun tak settle settle lagi meratib itu ini |
|
|
|
|
|
|
|
watitetek.
produk dia bagus ke...mencanak teteknyee
adik beradik mantop
|
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak wat cam sol3 ka eb.. nikah telen |
|
|
|
|
|
|
|
Hurm. Bubble bee kat tempat aku ni macam sunyi sepi je takde customer. Hype je la lebih masa mula-mula buka dulu. Dah la soeb… kau komen ke tak, macam tak affect je bisnes cuci kau tu |
|
|
|
|
|
|
|
menyampah dia nih..lama dh aku boikot...blueeekkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|