View: 460|Reply: 2
|
Polis Maut Kereta Dibakar, Peru Isytihar Darurat
[Copy link]
|
|
Peru hari ini mengisytiharkan darurat di wilayah selatan, Puno, dalam usaha mengekang keganasan akibat rusuhan, sehari selepas 18 terbunuh dalam pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan, lapor Reuters.
Perdana Menteri, Alberto Otarola, berkata perintah berkurung waktu malam selama tiga hari akan berkuatkuasa dari jam 8 pmalam hingga 4 pagi waktu tempatan.
Anggota keluarga dan rakan menanti di tepi keranda menunggu ketibaan mayat mangsa rusuhan di luar Hospital Carlos Monje Medrano di Juliaca, Peru. - Foto EPA
Secara keseluruhan, 40 terbunuh dalam tempoh sebulan rusuhan berlangsung bagi menggesa peletakan jawatan Presiden, Dina Boluarte, yang mengambil alih selepas penggulingan dan penahanan bekas presiden, Pedro Castillo, pada 7 Disember lalu.
Krisis politik Peru semakin meruncing apabila seorang pegawai polis maut apabila keretanya dibakar, semalam selepas 18 orang awam sudah terbunuh dalam protes.
Komander kanan polis, Raul Alfaro, berkata kumpulan perusuh 'menyerang hendap' kenderaan pegawai polis itu di bandar Juliaca di wilayah selatan Andes di Puno lalu memukulnya dan pegawai lain sambil melucutkan senjata mereka.
"Mereka membakarnya hidup-hidup," kata Alfaro.
Katanya, polis juga sudah melancarkan siasatan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.
Seorang pegawai kementerian dalam negeri berkata, bedah siasat sedang dijalankan ke atas mayat pegawai itu, yang dikenali sebagai Jose Luis Soncco.
Seorang anggota polis yang cedera dalam rusuhan di Juliaca, selatan Peru menerima rawatan. - Foto AFP
Katanya, seorang lagi pegawai polis turut mengalami beberapa kecederaan di kepala dalam serangan itu.
Semalam adalah permulaan tempoh berkabung selama tiga hari di bahagian selatan Peru termasuk Puno, selepas 18 orang terbunuh pada dalam hari protes paling berdarah, kelmarin sejak Castillo digulingkan oleh penggubal undang-undang selepas usahanya secara haram berusaha membubarkan Kongres.
Sejak protes bermula pada awal Disember, sekurang-kurangnya 40 orang meninggal dunia dalam rusuhan itu manakala ratusan lagi cedera.
Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat petugas khas Peru menggesa protes dilakukan secara aman dan keperluan untuk pendakwa raya menyiasat sepenuhnya kematian itu.
Pejabat itu mencatatkan 'keganasan melampau' dalam kematian Soncco dan mendakwa dia turut diseksa sebelum maut malah, mereka juga mengutuk serangan pembakaran ke atas kediaman anggota kongres dengan ahli keluarga masih berada dalam bangunan itu.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Juliaca tu memang antara pekan yang dodgy sikit sebab dekat Andes dan dekat jugak dgn border bolivia. Banyak peniaga2 dan petani2 coca leaves berurusan kat situ.
Sayang aihhh bila Peru kacau bilau gini.. ia antara negara yg best di explore. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nak g macu picu dgn bukit pelangi kat peru tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|