CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

Tewas tapi Pan-gon tetap bangga

[Copy link]
Post time 11-1-2023 10:08 AM | Show all posts |Read mode

REAKSI Pan-gon ketika Malaysia menentang Thailand. FOTO Bernama

Bangkok: Wajah sugul pengendali Malaysia, Kim Pan-gon ketika hadir ke sidang media pasca perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 tidak menggambarkan perasaan sebenarnya.

Ini kerana jurulatih dari Korea Selatan itu tetap berbangga dengan persembahan pemainnya namun ucapan maaf tetap dititipkan kepada penyokong negara susulan kegagalan mereka mara ke final.

Tegasnya, apa sahaja yang berlaku pada malam ini seharusnya ditanggung olehnya dan bukan salah pemain di atas padang.

"Saya sangat menghargai pemain yang sanggup mengorbankan cuti dan masa bersama keluarga demi skuad kebangsaan. Tiada kesalan dan apa apa rungutan daripada saya untuk Harimau Malaya. Kami akan belajar sesuatu daripada kempen Piala AFF kali ini.

"Mereka mengikut arahan dan mereka berjuang sehingga penghujung. Jika ada masalah, itu adalah kerana saya yang merancang taktikal, strategi dan barisan pemain.

"Anda boleh menyerang saya (dari segi perancangan) tetapi jangan serang pemain," kata Pan Gon.

Terdahulu, impian Malaysia untuk mara ke final berkecai selepas ditundukkan Thailand 3-0 pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Thammasat, sebentar tadi.

Berkelebihan satu gol daripada aksi pertama, anak buah Pan Gon tidak mempunyai jawapan untuk mengekang asakan Thailand yang mengesahkan tiket ke final Piala AFF 2022 dengan agregat 3-1.

Juara bertahan itu bakal berdepan Vietnam bagi perebutan gelaran 'Raja Asean'.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-gon-tetap-bangga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.056045 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list