CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 574|Reply: 9

Pengayuh Beca Warga Emas Di Terengganu Hanya Dapat RM300 Je Sebulan

[Copy link]
Post time 10-1-2023 09:11 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU – Biarpun dimamah usia dan sambutan tidak segah dahulu, ia sama sekali tidak mematahkan sema­ngat pengayuh beca di sini untuk terus mempertahankan warisan tersebut ditelan masa.


Setiap hari, lebih 20 pengayuh beca yang rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas tetap setia me­nunggu pelanggan di pekarangan Pasar Besar Kedai Payang di sini.


Salah seorang pengayuh beca, Abdul Wahab Abdul Rahman, 77, berkata, secara purata me­reka meraih pendapatan antara RM250 hingga RM300 sahaja sebulan.




Foto: Kosmo




“Minggu pertama tahun ini, saya baru dapat RM10. Kebanyakan pelanggan terdiri daripada pelancong.


“Itu pun tidak berapa ramai, kebanyakannya hanya mahu bergambar dengan beca saya. Sebahagian menghulurkan sedikit wang sebagai tanda penghargaan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Kosmo! baru-baru ini me­laporkan, kerajaan negeri Te­rengganu berhasrat mahu memberi wajah baharu kepada perkhidmatan beca dan bot penambang yang menjadi wari­san bandar raya ini.


Abdul Wahab berkata, begitupun kurang pelanggan, ia tidak mematahkan semangat dia dan rakan-rakan lain untuk terus menawarkan perkhidmatan beca selagi hayat dikandung badan.


Ujarnya yang mengayuh beca sejak lebih 40 tahun lalu, pekerjaan itu sudah sebati dan memberi kepuasan kepadanya dan wang bukannya keutamaan.


Seorang lagi pengayuh beca, Zahid Ismail, 74, pula bersyukur kesudian kerajaan negeri Terengganu menghulurkan insentif se­kali bayar berjumlah RM1,200 kepada mereka.


Dia berkata, insentif itu amat melegakan dan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kos sara hidup yang semakin menekan pada masa ini.


“Memang mengayuh beca sudah jadi darah daging kami tetapi keluarga masih perlu disara, bil-bil juga perlu dibayar.


“Insentif ini juga akan kami gunakan untuk menghias beca. Semoga dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk menaiki­nya,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Taktau pulakk ada beca kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mintak zakat pak cik. kesian sgt mana cukup income byk tu je, lain la kalau anak bagi 1k ke sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk lah dh 70 tahun pun terpaksa duk buat keje² berat mcm tu...kalau mati awal pun tak perlu nk susah payah keje dah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 03:37 PM | Show all posts
Sedihnya RM300 je sebulan. Dah la guna kudrat nak mengayuh lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Org zakat tu tak boleh ke turun tanya pakcik pakcik memudahkan urusan org tua nak isi borang. Org benar benar miskin dia malu nak minta zakat.dan tak tau cara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2023 08:23 AM | Show all posts
anak2 jela jaga oi
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pernah naik beca masa zaman kecik2 dlu. zaman tu perkhidmatan depa masih diperlukan. 3kupang. bawak org + barang seksa gila aku tgk depa mngayuh nak sampai tmpat yg nk dituju. wpun dekat ja. itu la kali terakhir aku naik. ingat2 lupa. sbb kesian kat depa. aku pun kcik lg. naik dgn tok n sepupu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai, sedih. Hopefully pakcik beca ni semua ada income lain. Iols teringat atok husband iols bila baca kisah ni. Atok husband dah almost 80yo, masih bawa taxi. Income sebulan tak lebat pun. Dapat la RM700 ke 1k. Kita tak bagi dia bawa taxi. Tapi katanya dia bosan duduk rumah. Bawa taxi walaupun income tak kencang, tapi dia seronok sebab dapat jumpa orang. Duit pencen ada, anak-anak n cucu bagi lagi every month. Tapi memang dia bawa taxi sebab tak biasa duduk rumah tak buat apa. Iols doakan pakcik beca ni semua macam atok husband iols lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengayuhnya semua dh umur 50an
Klu aku memg tak sampai hati la nk naik
Lagi2 yg pengayuh 70an tu
Terasa diri ni kejam plak nt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041943 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list