View: 2662|Reply: 49
|
Pernah Rasa Nak Bunuh Diri, Bekas Tentera AS Pula Panjat Merdeka 118 Dengan Kawan-kawan
[Copy link]
|
|
Berikutan kontroversi puncak Merdeka 118 didaki secara haram oleh pelancong dari Rusia, bangunan kedua tertinggi di dunia kita kini menarik lebih ramai pendaki dari luar negara.
Seorang bekas anggota tentera Amerika, Isaac ‘Drift’ Wright yang menggunakan akaun YouTubenya Driftershoots, mempamerkan bagaimana dia dan rakan-rakannya juga telah menjejak kaki ke puncak menara Merdeka 118 menerusi video yang diterbitkan pada 30 Disember 2022 lalu.
Foto: WeirdKaya/YouTube
“Sebentar tadi, saya dantiga rakan lain pergi ke Kuala Lumpur untuk mendaki dan mengambil gambar Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 679 meter. Perjalanan itu panjang dan sukar serta penuh cabaran”.
“Perjalanan itu berakhir dengan jayanya dan merupakan hadiah untuk mengakhiri tahun yang menunjukkan rakaman itu. Video ini adalah ekspresi artistik kebebasan, saya tidak menggalakkan sesiapa untuk mencipta semula aksi yang ditunjukkan dalam video ini," tulisnya
Dalam video itu, Isaac menjelaskan bahawa perjalanan ke Kuala Lumpur ini akan menjadi perjalanan antarabangsa pertama mereka. Dia dan rakan-rakannya kemudian dilihat memakai jaket pembinaan dan topi keledar, mungkin untuk nampak sebahagian dari pekerja semasa menyelinap masuk ke Merdeka 118.
Foto: The New York Times
Mereka juga membuka penghadang yang menghalang mereka daripada memasuki tangga bangunan dan memanjat.
Menurut laman New York Times, Isaac telah meninggalkan ketenteraan selepas enam tahun berkhidmat sebelum mula berasa kecewa dan hilang arah, selain berjuang dengan gangguan stres pasca-trauma. Malah, dia pernah berfikir untuk membunuh diri.
Dengan melakukan pendakian, ia dapat membantu masalah yang dialaminya. Dia mula memanjat bangunan untuk menemukan pemandangan yang berbeza, dan menyedari bahawa itu juga menawarkan perspektif baru tentang kehidupan.
Dia menghasilkan gambar yang menakjubkan dan berkongsi di media sosial, di mana dia menarik beribu-ribu pengikut.
Sumber: Murai |
|
|
|
|
|
|
|
To admin forum, susah la nk bc berita kt web ni.. asyik kuar iklan lotus tu jeeee...geram btl |
|
|
|
|
|
|
|
Apooooooo... Sekali terkena dah memalukan, inikan terkena kali kedua. Bodoh la haiii |
|
|
|
|
|
|
|
rina.nadhirah replied at 10-1-2023 12:24 AM
To admin forum, susah la nk bc berita kt web ni.. asyik kuar iklan lotus tu jeeee...geram btl
Pakai brave browser dekkkk |
|
|
|
|
|
|
|
memang diorang sengaja suruh ummah luar create scene ke apa ye agar orang tahu kewujudan menara ni? tetiba iols bau ikan hamis2 gituh |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa video n gmbar dia. Tq tlg promote malaysia mai la lg yg lain soh panjat |
|
|
|
|
|
|
|
Free publicity…skrg rmai dah tau kewujudan 2nd tallest building in the world… |
|
|
|
|
|
|
|
dasyat. 2x diceroboh. mmg takde sekuriti jage ke bawah tu? |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun guna brave..senang xde ads |
|
|
|
|
|
|
|
lemahnya sistem sukuruti malaysia...mkn gaji buta ke disuap ke |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 bangunan tinggi yang masih dara.. pasti akan ada makhluk2 macam nih yang akan memanjat. letak la 100 security guard sekali pon.. ada je cara deme ni nak lepas. macam ira zakar sekarang yang tengah kepuasan, selepas dapat panjat sol setelah menempuhi segala onak dan duri. hahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
kapal haram pun boleh masuk nikan pulak 118
|
|
|
|
|
|
|
|
Apasal semua dr negara2 kuasa besar belaka nih |
|
|
|
|
|
|
|
ramai expatriates yg kerja kat 118 ni
tu yg susah nak monitor |
|
|
|
|
|
|
|
Ala pe ssh bg je la dia org naik sampai atas Tu..Kalo jd pe2 sendiri tanggung..sudah..Kalo jatuh pun ke bawah..dah mcm x logic pulak mn security tuk jg segala bagai ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ha br ampa Tau. Kem tentera pun blh dicerobohi apatah lg menara yg tiada apa2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg sesenang je ke nak masuk construction site 118 ni? Ke supervisor site berryy d cibai??? |
|
|
|
|
|
|
|
Alang2 nk commit suicide tu, ko terjun je la ke bawah dr puncak menara tu
Acik2 kepam berkerak harap duit laki je yg memuja2 kokesen pasti teriak2 kesedihan kt fb sana |
|
|
|
|
|
|
|
kannn
dgn geng ramai2 plak
tu belum drama kronolgy how they got on the top of the building lagi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|