CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

Jurulatih Thailand 'sahkan' gol kedua Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 9-1-2023 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Jurulatih Thailand 'sahkan' gol kedua Harimau Malaya


Polking (kiri) akui jaringan kedua Malaysia yang dibatalkan ketika aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah gol.


BANGKOK: Jaringan kedua Malaysia yang dibatalkan pengadil, Kim Dae Yong ketika menentang Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022, Sabtu lalu adalah 'sah'.

Ia diakui sendiri pengendali Thailand, Alexandre Polking yang mengupas mengenai insiden itu ketika ditanya mengenai kewajaran tambahan masa yang lebih panjang selepas masa permainan banyak 'terbuang' dengan insiden di atas padang.

"Secara jujurnya, saya lihat jaringan kedua itu adalah gol. Tetapi insiden itu memakan masa lima minit.

"Kemudian kita dapat peluang menerusi Ekanit (Phaya), penjaga gol terbaring selama dua minit.

"Dengan pelbagai insiden berlaku dan penggantian pemain dilakukan, hanya lima minit masa tambahan diberikan.

"Bukan saya merungut tetapi kami mahu bermain dan saya bercakap demi bola sepak untuk kedua-dua pasukan," katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Thammasat, petang tadi.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Malaysia berjaya meledak gol kedua pada minit ke-55 menerusi Dominic Tan.

Namun, jaringan itu dibatalkan selepas pemain negara dikatakan mengasari pemain Thailand sekali gus menyaksikan skuad negara membawa bekalan satu gol ke Stadium Thammasat, malam esok.








Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... edua-harimau-malaya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.053741 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list