View: 376|Reply: 0
|
Denyut jantung Polking berdebar
[Copy link]
|
|
ALEXANDRE Polking. -FOTO NSTP
Bangkok: Aksi di laman sendiri seharusnya melegakan sesuatu pasukan namun pengendali Thailand, Alexandre Polking tampak berdebar menjelang aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat, malam ini (Selasa).
Dengan kegagalan mereka membawa bekalan gol di tempat lawan selepas tewas 1-0 di tangan Malaysia pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, peraturan gol di tempat lawan mampu 'menghantui' mereka dalam misi mempertahankan kejuaraan bagi edisi kali ini.
Jelasnya, sekalipun skuad 'Gajah Perang' akan tampil dengan corak permainan menyerang namun mereka perlu berhati hati supaya tidak 'terdedah' sekali gus membuatkan mereka merana di hadapan penyokong sendiri.
"Kami perlu pastikan yang kami tidak akan mengulangi kesilapan sama pada aksi kedua nanti (malam ini).
"Kami akan menyerang tetapi apa yang pasti adalah kami perlu mengelak daripada dibolosi kerana peraturan gol di tempat lawan akan menyukarkan kita," katanya menerusi media tempatan, semalam.
Sebagai rekod, Thailand mendominasi sebahagian besar permainan pada pertemuan pertama, Sabtu lalu dengan 24 percubaan namun hanya empat percubaan tepat berjaya dilakukan
Statistik turut melaporkan anak buah Polking menguasai 73 peratus penguasaan bola namun ia tidak bermakna apa apa apabila gagal menembusi benteng pertahanan Malaysia.
Malah, mereka yang ketinggalan satu gol sebenarnya boleh dianggap bertuah jaringan pemain negara, Dominic Tan pada minit ke-55 dibatalkan pengadil.
Dengan situasi ini, 'Raja Bolasepak ASEAN' itu tiada pilihan selain perlu menewaskan skuad bimbingan Kim Pan Gon yang hanya memerlukan seri untuk layak ke final.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ng-polking-berdebar |
|
|
|
|
|
|
| |
|