Sejak Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof mengumumkan yang dirinya sudah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, ramai yang mengucapkan tahniah namun tak kurang juga yang mengecam.
Sebagai rakan artis, pelakon Rita Rudaini turut menyifatkan situasi yang dialami isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah adalah sama seperti yang dialaminya sebelum ini.
Di InstaStory, Rita juga ada membuat perkongsian bertulis berbaur sindiran khas untuk perampas suami orang namun tidak dinamakan pula kepada siapa ayat berkenaan ditujukan.
"Alang-alang nak naik taraf biar lah yang lagi hebat, lagi class, lagi cantik, lagi bijak, lagi baik kan?"
"Eh lupa pula..penyondol punya karakter mana ada cantik..low class..level bohsia hondcup. Keturunan pun tak menjadi sebab acuan hondacup..
"Kalau cantik dan hot sangat tak ada lah curi orang punya" tulisnya.
"Lelaki yang baik kerana ada perempuan yang baik disisinya..Tapi kalau disisinya ialah seorang babi penyondol, maka lelaki itu pun akan berkelakuan macam babi seperti babi betina di sisinya" tulisnya dalam perkongsian terdahulu.
Pedas juga ayat Rita tapi mungkin ada juga kebenarannya. Apa pula pendapat korang? - CARI
|