CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1659|Reply: 2

Fad Bocey tinggalkan Hot FM

[Copy link]
Post time 7-1-2023 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Fad Bocey tinggalkan Hot FM


Fad yang juga pelawak memulakan tugas di Hot FM pada 1 Mac 2021 dengan mengendalikan segmen Jam Hot bersama dua lagi penyampai, Haziq dan Deen. Foto IG Fad Bocey


KUALA LUMPUR: Selepas bertugas hampir dua tahun, penyampai radio Hot FM, Fad Bocey mengumumkan berundur dari stesen radio itu, semalam.

https://assets.bharian.com.my/im ... 8_PM_1673080220.jpg
Selepas bertugas di konti Hot FM hampir dua tahun, Fad mengumumkan berundur dari stesen radio itu. Foto IG Fad Bocey
Fad atau nama sebenar, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam yang mengendalikan segmen Hot Squad bersama Fizi Ali, memberitahu, sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan Hot FM.

"Terima kasih untuk sokongan dua tahun saya di sini. Saya berundur dahulu dari Hot FM.

"Terima kasih buat boss, Seelan Paul (Ketua Pegawai Eksekutif DidikTV Kementerian Pendidikan-ntv7) untuk peluang ini.

"Maaf kalau sepanjang ke udara ada salah dan silap daripada saya. Terima kasih kepada semua yang menyokong.

"Semoga yang baik-baik untuk kalian," katanya dalam hantaran di Instagram (IG).

Sementara itu, rakan penyampai, Fizi berterima kasih kepada Fad selama mereka berganding selain mendoakan agar sahabatnya itu berjaya.

"Terima kasih sahabat untuk pengalaman beberapa bulan kerja dengan anda. Harap anda akan terus terbang lagi tinggi. Doa sahabat daripada jauh," katanya.

Fad yang juga pelawak memulakan tugas di Hot FM pada 1 Mac 2021 dengan mengendalikan segmen Jam Hot bersama dua lagi penyampai, Haziq dan Deen.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... y-tinggalkan-hot-fm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2023 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Xbest pn segmen fad dgn fizi ni mcm xde keserasian..mse fizi baru msk hot tu..fad gaya cm ala2 senior laa cm ala2 bagus bercakap dgn junior..yg fizi plak mmg xbape nk best pn hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk radio lain niii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.129583 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list