CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3710|Reply: 8

[DRAMA MELAYU] AKASIA : KERANA CINTA ITU ADA [AEDY ASHRAF, NABILA RAZALI] 7PM ISNIN - JUMAAT

  [Copy link]
Post time 5-1-2023 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 5-1-2023 01:48 PM


Drama 28 episod terbitan Global Station dan diarahkan oleh Azri Izhar. Menampilkan Aedy Ashraf dan Nabila Razali selaku teraju utama. Drama Kerana Cinta Itu Ada bersiaran pada setiap hari bermula 28 Disember ini di TV3 atau boleh ditonton di Disney+ Hotstar.

Kerana Cinta Itu AdaEpisod: 28
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2022
Waktu Siaran: Setiap hari, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Skrip: Sophilea & Zarihah Hassan
Pengarah: Azri Izhar
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Aedy Ashraf sebagai Aisy (Tengku Aisy Mateen)
Nabila Razali sebagai Bella (Nabila Aulia)
Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal
Alvin Chong sebagai Rayyan
Syazuwan Hassan sebagai Zhafran
Raden Zaharatul sebagai Dayyan
Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia
Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah
Dato Shah Rezza sebagai Encik Nazri
Safura Yaakob sebagai Puan Hasni
Syaffiq Sahli sebagai Nahfiz
Dian P Ramlee sebagai Puan Arifah
Husna Mustaffa sebagai Aina
Anas Ridzuan sebagai Mamat
Saidah Kamarudin sebagai Yana
Nick Naem sebagai Edie

Najua Pramlee
Edika Yusof

Sinopsis Kerana Cinta Itu Ada

Pertemuan Nabila Aulia ataupun Bella (Nabila Razali) dan Tengku Aisy Mateen (Aedy Ashraf) dimulakan dengan insiden pergaduhan kerana berebut bunga Lily di kedai bunga. Bella berhenti kerja di sebuah hotel dan pulang ke kampungnya.

Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran (Syazuwan Hassan) dan ibu tirinya, Tengku Lydia (Emelda Rosemila) yang ingin membolot semua saham hotel bapanya. Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina.

Zhafran memperkenalkan Dahlia (Puteri Khareeza) kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia. Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan tinggalkan Dahlia.

Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia. Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya. Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.

Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan (Alvin Chong). Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional. Aisy mahu memutuskan pertunangan tetapi Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella.

Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia. Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya. Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy.

Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri?


Sinopsis Novel Kerana Cinta Itu AdaMengisahkan tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan perniagaan yang kini mengusahakan resort keluarganya.

Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia (ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah bertemu dengan Tengku Aisy Mateen, yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta.

Pada Bella, Aisy merupakan lelaki paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.

Namun hubungan percintaan ini putus di tengah jalan dek kerana fitnah oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizal yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan baiknya.

Bella membawa diri bertahun-tahun lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam hubungan suami isteri.

Dapatkah hubungan cinta mereka kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan?


KREDIT TO myinfotaip.com


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2023 03:19 PM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 8-1-2023 03:30 PM

These Dramas are very enjoyable to watch. They offer alot of action and drama, which makes them extremely exciting. The plots arealso very well written, so you can't help but get involved in the storyline.Please continue watching these dramas and enjoy them as much as I do!

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aedy looks different now…
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Org2 forum tak layan ke citer kaknab ni? Haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 03:15 PM | Show all posts
tertengok drama ni kat tiktok sebenarnya
mula2 macam drama biasa je ni
sekali melekat pulak

rasa ngam jugak aedy dengan nabila berlakon
cerita dah boleh agak macam mana
ada je part yang agak dragging
lelagi 28 episod kan
kejap baik, kejap gaduh

tapi boleh layan la drama ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_summer_snow replied at 20-1-2023 03:15 PM
tertengok drama ni kat tiktok sebenarnya
mula2 macam drama biasa je ni
sekali melekat pulak

Citer ni ok pasal aedy n kaknab ok. Jalan cerita is so-so.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2023 07:38 PM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 14-3-2023 08:41 AM

-----spamm----editt-----

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 02:38 PM | Show all posts
Kenapa pengguna forum tidak memetik kaknab ini?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer ni  main balik pagi pagi uols
8-9 pagi … iols baru nak tgk ..

Xde laa so so sgt ok je jln citer boleh la nak layan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.152985 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list