CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 890|Reply: 7

Padah Main Russian Roulette, Remaja 16 Tahun Mati Tertembak Kepala Sendiri

[Copy link]
Post time 5-1-2023 08:38 AM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui mati selepas bermain permainan 'Russian roulette' (rolet Russia), iaitu sebuah permainan maut menggunakan pistol revolver.


Mayatnya ditemui di sebuah rumah terbiar di daerah Nong Chok, Bangkok, Thailand, baru-baru ini.


Menurut dua rakan remaja lelaki tersebut, mereka sebelum itu bermain permainan berkenaan sebelum mangsa menembak dirinya sendiri.


Pihak berkuasa dari Balai Polis Lam Hin dan pasukan penyelamat dimaklumkan mengenai kejadian tembakan itu sebelum bergegas ke rumah terbiar yang terletak di Jalan Khlong Sip-Khlong Sipsi.




Foto: Thaiger




Mereka kemudian menemui mayat remaja tersebut yang identitinya dirahsiakan, dengan kesan tembakan di kepala manakala sepucuk pistol Revolver turut ditemui berada berhampiran jasadnya.


Menurut rakan mangsa, mereka bergilir-gilir mengacukan pistol ke arah kepala dan menarik picu di mana apabila tiba giliran mangsa, dia mengacukan pistol ke kepala lalu menembak dirinya sendiri.


Mayat mangsa dibawa ke Institut Perubatan Forensik, Bangkok untuk bedah siasat.


Sementara itu kedua-dua remaja terbabit dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. -CARI


Sumber:mStar/ Thaiger.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2023 08:41 AM | Show all posts

Remaja maut tertembak kepala sendiri dalam permainan uji nasib

Remaja maut tertembak kepala sendiri dalam permainan uji nasib

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... ermainan-uji-nasib/

Oleh KOSMO!
4 Januari 2023, 5:30 pm


Seorang remaja lelaki ditemui mati di sebuah rumah terbiar di daerah Nong Chok, Bangkok baru-baru ini. - Facebook

BANGKOK – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui mati di sebuah rumah terbiar di daerah Nong Chok, Bangkok baru-baru ini selepas bermain permainan rolet Russia, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam kejadian itu, dua rakan remaja lelaki tersebut berkata, mereka bermain permainan menguji nasib iaitu rolet Russia sebelum mangsa menembak dirinya sendiri.

Anggota-anggota pihak berkuasa dari Balai Polis Lam Hin dan pasukan penyelamat dimaklumkan mengenai kejadian tembakan itu sebelum bergegas ke rumah terbiar yang terletak di Jalan Khlong Sip-Khlong Sipsi.

Mayat seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang identitinya dirahsiakan kemudian ditemui di dalam rumah tersebut dengan kesan tembakan di kepala manakala sepucuk pistol Revolver dikesan berada berhampiran badannya.

Dua remaja lelaki yang ketakutan menunggu ketibaan anggota-anggota polis dan jabatan berkaitan di tempat kejadian dan mengaku bahawa mereka bermain rolet Russia.

Menurut dua remaja itu, mereka bergilir-gilir mengacukan pistol ke arah kepala dan menarik picu sehingga tiba giliran mangsa, di mana dia mengacukan pistol ke kepala lalu menembak dirinya sendiri.

Mayat mangsa dibawa ke Institut Perubatan Forensik, Bangkok untuk bedah siasat manakala kedua-dua remaja itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. – Agensi

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 04:18 PM | Show all posts
Baguslah mati dek hidop pon sia2
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti puak2 Rusia yg kandaa takde duit nak balik negara sendiri kan dek. Berlambak kt Teland tu dek hamis2 dek
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..tpengaruh lps tgk cite Deer Hunter kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
16tahun dah mumayyiz. dosa tanggung sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2023 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe lah dekkk.. kau mati masa buat benda yang kau suka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 08:14 AM | Show all posts
nohhhhh xtau nak kesian ka padan muka. mmg cari musibat bala lah yg datang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043150 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list