CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1673|Reply: 26

Budak 9 Tahun Lecur Teruk Main Api Di Timbunan Sampah, Ibu Bapa Ditahan

[Copy link]
Post time 4-1-2023 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Lima hari kanak-kanak lelaki menderita kesakitan kerana melecur di separuh bahagian badannya akibat bermain api di timbunan sampah berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kuchi, Pontian Jumaat lalu.


Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohd Shofee Tayib berkata, mangsa berusia 9 tahun itu, tidak dibawa ke hospital oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan, meskipun terdapat kesan terbakar dari bawah bahagian ketiak hingga pahanya.


Katanya perkara itu terbongkar selepas seorang pengadu yang merupakan rakan kepada ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Pontian.




Mangsa tidak dibawa ke hospital oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan, meskipun terdapat kesan terbakar dari bawah bahagian ketiak hingga paha. - Foto PDRM





"engadu mengetahui mengenai perkara itu menerusi kumpulan WhatsApp keluarga apabila nampak gambar anak lelaki kepada kenalannya.


"engadu mendapati budak tersebut tidak dibawa oleh ibu bapanya ke mana-mana hospital untuk mendapatkan rawatan dan kanak-kanak tersebut masih lagi berada di rumahnya tanpa ada sebarang rawatan.


"engadu bersama ibu serta suami telah melawat budak tersebut di rumahnya dan telah menasihatkan ibu bapa mangsa supaya membawa anaknya ke hospital untuk menerima rawatan.


"Laporan dibuat kerana pengadu tidak berpuas hati dengan ibu bapa mangsa yang masih membiarkan anaknya tidak menerima rawatan walaupun lima hari berlalu. Sehingga laporan ini dibuat, luka mangsa semakin teruk dan lukanya sudah mula berbau," katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Mohd Shofee, laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya kepada pihak polis kerana pengadu mengesyaki ada berlakunya pengabaian kanak-kanak.


Katanya, semasa anggotanya sampai ke lokasi kejadian, mendapati mangsa dalam keadaan tidak berpakaian berada di luar rumah untuk dibawa ke hospital oleh keluarganya.


"Hasil pemeriksaan awal ke atas anggota badan mendapati terdapat kesan terbakar dan melecur di beberapa bahagian seperti di bahagian kanan badan hingga ke kaki, bahagian lengan kiri, kedua-dua bahagian dalam peha, bahagian telinga kanan.


"Semasa kejadian ibu kandung mangsa berada di dalam rumah terdengar bunyi letupan di luar dan nampak kelibat mangsa berlari dalam keadaan baju dan seluarnya terbakar menuju dan terjun ke dalam parit di hadapan rumah.


"Bapa mangsa telah membantu memadamkan api di baju mangsa dan membawanya masuk ke dalam rumah. Ibu bapa mangsa hanya membeli ubat tahan sakit dan ubat sapu di farmasi dan tidak membawa mangsa ke hospital.


"Mangsa telah dibawa ke Hospital Pontian menaiki ambulans untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan akan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan selanjutnya," katanya.


Menurut beliau, ibu bapa mangsa berusia 36 dan 33 tahun telah ditahan pada jam 2 pagi pada Selasa untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2023 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh, sampai 5 hari di biarkan budak tu. Semoga cepat sihat
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg abaikan anak... dh nmpk anak terbakar, ptt nya bole call ambulan minta tlg antar ke hospital, bkn susah pun.. call 999 kot utk kecemasan..

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde duit kot.. Xde mak ayah nk buat ank gitu.. Mslh org kita xtau.. Semoga yg baik2 utk keluarga ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 02:33 AM | Show all posts
Takda duit, orang kalau sayang anak, dipikul budak tu bawak pi hospital, jual buah pinggang kat Black market pun boleh pi hutang kat jiran pinjam duit, dalam situasi ni ramai tolong, m
5 hari berlalu still no action.

Sayang anak benda, bukan bakar sikit banyak lak tu, parents tu nak tunggu sampai infections dan kemudian meninggal ke apa..

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurm..
Ni agaknya taknak banyak soal.jawab dgn pihak.hospital kot...
Kesiqn budak.tu dibiarkan mcm tu...kang jadi jangkitan apa apa..nyesal.tak sudah...
Ke.dah standby anak.baru?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2023 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sblm kena dah abai no 1
Lps kena, abai no 2
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr beli ubat baik hantar gi spital paling2 byar singgit jeer
Mak pak mcm ni wajib kena sebat 100 kali

Nasib baik pengadu ni ada akal panjang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2023 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 ada yg taknak g hospital sbb takut dituduh dera anak tp tak gi hospital kalau luka tu bertambah teruk dan ada jangkitan kuman hingga membawa kematian lagi laa teruk ko kena nnt.
Bawak jelaaa dan bitau je hal sebenar, kalau tak salah tak perlu takut.
Tahun 2023 ni bkn mcm 90an dulu semua tahan je sakit makan panadol mak pak susah nk bawak g sepital sbb jauh dan takde transport.
Zaman skrg kalau susah bitau je kat socmed insyaallah ramai akan sudi tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Seksanya anak ni menahan sakit harap adalah orang dewasa yang jaga adik beradik lain(kalau ada) sementara parents 'masuk dalam'.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 5-1-2023 01:23 AM
Xde duit kot.. Xde mak ayah nk buat ank gitu.. Mslh org kita xtau.. Semoga yg baik2 utk keluarga ni

Tp beli ubat kat farmasi mampu pula
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 5-1-2023 05:43 AM
Hurm..
Ni agaknya taknak banyak soal.jawab dgn pihak.hospital kot...
Kesiqn budak.tu dibiarkan mcm t ...

Amik pengajaran kes arwah yg kena dera ngn kenkawan tu.
Arwah meninggal sbb lambat dapat rawatan laa, luka melecur kena seterika tu makin teruk dan ada infection.
Sbb tu jgn memain dgn luka melecur, bawak jela g hospital dan bitau hal sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian budak ni..syukur ada manusia yg prihatin siap dtg jenguk utk pujuk parents. Pastu buat laporan polis sbb parents masih degil.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 5-1-2023 06:46 AM
Amik pengajaran kes arwah yg kena dera ngn kenkawan tu.
Arwah meninggal sbb lambat dapat rawatan l ...

Itu lah..
Biasa.mmg doc akan tanya banyak
Sebab kes dera banyak kan
Tp.doc mesti tau cedera tu jenis mcmana..
Depa.takkan tuduh sesuka hati...
Yang oenting budak tu dpt rawatan sepatutnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah pengadu ni cakna, dia dah x sanggup tgok kesakitan budk tu, sian ko dik.. moga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik ada jiran/ kawan 'menyibuk'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2023 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa aku sekolah rendah ..ada kes camni...kesian budak tu..muka terbakar sebelah..makpak pn buat tak kisah..siap kata padan muka lg kat anak dia..sebab main api..nasib kt sekolah ..ada cikgu prihatin..hr2 bawa budak tu p cuci luka...dr muka yg teruk..sampai pulih cikgu tu rawat..apa punya makpak pn tah la..padahal klinik kesihatan dekat je dgn rmh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 09:47 AM | Show all posts
kesiannya...semoga adik ni kembali sihat
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:27 AM | Show all posts
family pati ke?
or jenis mak bapak asia old school..
sapa suruh kau main api
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:31 AM | Show all posts
lanacondor replied at 5-1-2023 01:23 AM
Xde duit kot.. Xde mak ayah nk buat ank gitu.. Mslh org kita xtau.. Semoga yg baik2 utk keluarga ni

Tak pg hospital, bawak je pg klinik kesihatan, dari sana ambulance boleh bawak p hospital. Ni terang2 ada pengabaian disitu...Bukan sikit lukanya..Jangan jadikan alasan tak de duit. Orang sayang anak akan buat apa saja. Contoh, mintak tolong jiran bawak anak...bukan susah pun.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.260140 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list