CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5544|Reply: 112

[Politik] Langkah London? Ketua Pembangkang Ulas Pakatan Baru.

  [Copy link]
Post time 4-1-2023 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode







Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin tidak menolak prospek Perikatan Nasional kembali berkuasa selepas menjalin pakatan baru.

Gabungan itu juga tidak menolak bekerjasama dengan BN, yang Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan bukannya PN selepas pilihan raya umum lalu mengakibatkan kebuntuan politik.

"Pintu sentiasa terbuka," katanya menjawab soalan mengenai PN membuat kemunculan semula di peringkat kerajaan persekutuan dengan sekutu baru.

Menurut BH Online, setiausaha agung PN itu berucap pada siri ceramah Kelab Concorde. Kelab Concorde ialah forum mengenai isu semasa oleh penceramah terpilih yang dimulakan oleh wartawan veteran.


Berkongsi ramalannya mengenai pilihan raya negeri akan datang, Hamzah berkata PN akan menawan Selangor, yang berada di bawah kawalan PH sejak 2008.

Bagi Negeri Sembilan yang dikuasai PH, Hamzah berkata peluang pertandingan 50-50.

Bagaimanapun, Hamzah mengakui kekuatan DAP di Pulau Pinang dan percaya negeri itu akan kekal dalam kawalannya.

Dalam perkembangan berkaitan, dia menjangkakan PN akan mengekalkan penguasaannya di Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Mengenai soalan kerjasama dengan BN, Hamzah mengelak daripada menyifatkan ini sebagai lebaran baru "Muafakat Nasional".

Bekas menteri dalam negeri itu berkata jika pakatan baru ini menjadi kenyataan, pemimpin pakatan masing-masing mesti bersetuju dengannya.

"Kerjasama ini perlu menjadi satu dasar yang dipersetujui semua pemimpin parti, Bersatu, PAS dan Umno. Jika semua percaya dengan satu matlamat yang sama, maka tiada masalah untuk mewujudkan kerjasama ini.

"Jika ada satu pihak kata 'tidak', maka ia tak akan berlaku. Namun jika kita percaya antara satu sama lain, kita boleh mencapai matlamat kita," katanya.

Dia juga menegaskan asas pakatan ini akan memastikan kepentingan semua kaum.

Hamzah juga berkongsi pendapatnya tentang bekas partinya Umno, yang mengalami kemunduran terbesar dalam pilihan raya umum ke-15.

"Umno perlukan kerjasama baru untuk parti itu membuat pembaharuan," katanya.

Jelas Hamzah lagi, Umno memerlukan pembaharuan besar-besaran atau berisiko ditolak sepenuhnya oleh rakyat.

Kenyataan Hamzah itu susulan dakwaan terdapat rancangan baru yang digembar-gemburkan sebagai Langkah London untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Sumber: Malaysiakini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2023 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Selangor nak jatuh kat PN ???
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mimpi apa si genda ni..pn tawan selangor
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Better la on gi majukan negeri negeri dibwh kuasanya dulu mcm Kelantan, Kedah Dan terengganu tuh...baru semua org leh nampak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 09:55 AM | Show all posts
ada kemungkinan jugak...PM paling singkat...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau jd Kj balik jgn bg pbawa virus masuk…that must be your main priority
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2023 10:36 AM | Show all posts
gila babi berpolitik sepanang masa
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 5-1-2023 09:55 AM
ada kemungkinan jugak...PM paling singkat...

Bila hardcore umno dlm forum yg ckp mcmtu...mcm jd je PN masuk ke kerajaan persekutan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
PMX semacam hilang arah tujuan sekarang
Pidato pun gagap gagap nak cakap
Nampak sangat tak berwibawa
Just my 10 sen
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 5-1-2023 09:55 AM
ada kemungkinan jugak...PM paling singkat...

1st time abe man kate gini. knp tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Penat nye lahhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah suka nak berkuasa berjawatan bergaji besar glemer ber ber ber berkhianat bertebuk berduit berrasuah beragama berkaum
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 5-1-2023 12:47 AM
Selangor nak jatuh kat PN  ???

Konpiden u must mcm susah sikit la selangor byk marginal seat,urban.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:02 AM | Show all posts
melayu..layu di tanah mulayu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 5-1-2023 12:47 AM
Selangor nak jatuh kat PN  ???

Kalau jatuh cemana ya?takleh bayangkan selangor duk bawah PAS.

Tp tak mustahil tulaaa sapa suruh tangguhkan kan PRN kalau bubar je sekali aritu dah setel dah.
Padahal mana ada banjir pun. Kalau tangguh pun biar kelate ngn terengganu jelaa sbb sana yg banjir aritu.
Selangor panas je sampai skrg pun mcm summer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 5-1-2023 09:55 AM
ada kemungkinan jugak...PM paling singkat...

Dah knp ko plk x sokong wak jahit sekongkol dg PH? Dh ada ura2 berlaku pergolakan dlm pau nti ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2023 11:13 AM | Show all posts
bergantung kepada keputusan pemilihan tertinggi kepimpinan UMNO jika jawatan tertinggi Umno dipertandingkan dan penyandang gagal mempertahankan jawatannya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:13 AM | Show all posts
pn+bn+dap?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:20 AM | Show all posts
kemungkinan

pn+bn+grs+gps

bakal PM-11 Hamzah Zainudin
TPM1 - Pas, TPM2 - Umno
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 5-1-2023 11:13 AM
bergantung kepada keputusan pemilihan tertinggi kepimpinan UMNO jika jawatan tertinggi Umno dipertan ...

Berambuslahhh..ko ingat kita suka tgk muka jahid tu?bukan saja2 anwar push psl MA63 tu ye.bukan senang2 ydpa setuju bagi balik sabah selia gas.semoga kena kencing dek madey,yidin,,lobai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.078477 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list