CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 0

Warga Emas Maut Motosikal Masuk Semak

[Copy link]
Post time 4-1-2023 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam semak di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran Bandar Putra kira-kira jam 8.30 malam tadi.


Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang juga seorang peniaga, Muhammad Firdaus Ching Abdullah, 62 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.





Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam semak di Jalan Tanjung Lumpur pada Selasa. - Foto PDRM





"Siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dari arah Kuantan menghala ke arah Kempadang.


"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam semak di bahu jalan sebelah kiri.


"Akibat kemalangan itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi proses bedah siasat.


Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut diteruskan.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.424927 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list