View: 2338|Reply: 14
|
Julia Farhana Dan Suami Nak Enjoy Berdua Dulu, Dua Tahun Lagi Baru Buat Anak
[Copy link]
|
|
Julia Farhana Marin tidak merancang untuk memiliki anak dalam tempoh terdekat ini sebaliknya mensasarkan dalam tempoh dua tahun lagi.
Julia berkata, buat masa ini dia mahu fokus terhadap kerjaya lakonannya dulu dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum turut memberi keizinan.
Foto: IG
"Kami sudah berbincang mengenai anak dan dia juga bersetuju untuk saya fokus pada karier seni terlebih dulu. Pada masa sama, suami juga mahu melihat anaknya dari perkahwinan terdahulu, Laana Haura yang kini berusia lima tahun membesar dulu sebelum memiliki adik.
"Insya-Allah, jika ada rezeki kami mahu memiliki dua atau tiga anak untuk melengkapkan lagi rumah tangga yang baru dibina ini," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai rumah tangga pula, kata Julia, mereka masih dalam mood berbulan madu selepas tiga minggu berkahwin.
"Alhamdulillah, rumah tangga kami bahagia walaupun jadual kerja masing-masing padat. Sesibuk manapun, saya pastikan kami tetap mencari waktu untuk meluangkan masa di rumah.
"Malah, saya juga berusaha belajar memasak lauk ayam masak merah kegemaran suami dari resipi istimewa keluarganya," katanya.
Sementara itu, diminta mengulas majlis pernikahan dan resepsi perkahwinannya yang dibuat secara ringkas dan tertutup baru-baru ini, Julia berkata, dia tidak terkilan tidak dapat meraikannya secara besar-besaran seperti rakan selebriti lain.
"Jika nak diikutkan, saya dan suami memang merancang untuk mengundang ramai rakan dan pihak media pada majlis resepsi tetapi tidak dapat dilakukan atas sebab tidak dapat dielakkan.
"Semuanya kerana keadaan dan situasi tidak mengizinkan ketika itu serta menghormati permintaan keluarga kedua belah pihak.
"Justeru, majlis pernikahan dan resepsi dibuat sekali gus secara ringkas dengan dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga terdekat kedua belah pihak saja," katanya.
Mereka melangsungkan pernikahan di sebuah hotel, di sini, pada 14 Disember lalu.
Sebelum ini, Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura.
Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebentar lagi bekas bini hantar anak suruh jaga. Dia pula nak enjoy |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok julia kat podcast studio sembang amelia henderson. Bukan biashe-biashe dia ni. Brilliant. |
|
|
|
|
|
|
|
kesahhhhhhh. sukati ko la bila nk anak |
|
|
|
|
|
|
|
kann dia ada aura sophiscated.. sesuai lah jadi isteri seorang yg bergelar Dr
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke sebelum nikah tu dia kata tak nak anak, mungkin sudah berubah fikiran kot. |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil replied at 4-1-2023 04:48 PM
Tengok julia kat podcast studio sembang amelia henderson. Bukan biashe-biashe dia ni. Brilliant.
Yup mcm aku ckp thread lepas. Dia nampak mcm educated person.
Mcm lisa surihani itu. Taktau mcm mana boleh terjebak dlm dunia hiburan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul okay la. Ini tak, hari tu bapak nak ambik anak nak kenalkan dengan Julia maknya tak bagi. Taknak dedah anak dengan maksiat katanya.
Spesis Rita ROyani jugak pompuan tu, takleh move on dari duda
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah dah... nak enjoy2 pun diam2 je sis.
Toksah gebang2 sgt nnt yg kat sane nnt bakalan melecak extensively kang.
|
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 5-1-2023 03:35 PM
Kalau betul okay la. Ini tak, hari tu bapak nak ambik anak nak kenalkan dengan Julia maknya tak ba ...
Jiran la katakan. Mesti RR banyak “nasihat” haha |
|
|
|
|
|
|
|
Royani dah latih protege dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Rentikan ler pegi ke nail bar tu Julia oiii. Based on gambar yg u share, kuku u tak cantik dibuatnya. Cat tak helok. Meni tak helok. Gi tempat lain je pasni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu wasap berjela ke ketibas kata tanak anak.. ko amnesia ke nok? |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 tak suka julia ni.. Tp lepas tgk podcast studio sembang tu, rasa dia ni far better dari lufya.. Dengar cara dia cakap pun kita tau dia budak bijak dan bukan calang2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|