CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1055|Reply: 4

Badan Makin Susut, Tak Boleh Menyanyi- Ibnor Riza Alami Tekanan, Baru Dapat Tahu Hidap Pelbagai Penyakit Kronik

[Copy link]
Post time 4-1-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Ibnor Riza kini berdepan dugaan apabila secara tiba-tiba diserang dengan pelbagai jenis penyakit yang mula diketahui selepas melakukan pemeriksaan doktor dua bulan lalu.


Berkongsi perkembangan itu, rakan artis iaitu Nizam Laksamana memberitahu Ibnor, 61, pada awalnya hanya mengalami bengkak pada bahagian leher kiri dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang nanah.




Foto: mStar




"Kira-kira dua bulan lalu dia ada beritahu tentang bengkak pada bahagian leher. Selepas membuat pemeriksaan doktor mengesahkan dia menghidap pelbagai penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, migrain teruk, buasir dan tahap kolesterol tinggi.


"Dia perlu menjalani pembedahan sebab ada nanah pada leher itu, tetapi doktor terpaksa tangguhkan sebab tahap kencing manis yang tinggi," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.


Kerap bertanya khabar sahabatnya itu, Nizam memberitahu Ibnor mengakui berada dalam keadaan tertekan, lebih-lebih lagi sudah tidak boleh menyanyi.


Menurut Nizam, kali terakhir dia bertemu penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu kira-kira tiga minggu lalu dan jelas kelihatan berat badan semakin susut.


"Dia memang agak stress sekarang ini. Maklumlah tiba-tiba sahaja ada masalah kesihatan. Sebelum ini dia ada mengadu tidak sedap badan tapi tak pernah pula tahu ada penyakit begitu.


"Apabila kami bercakap di telefon, suaranya juga kurang jelas. Itu menambahkan lagi tekanan sebab dia tidak boleh menyanyi. Sebagai anak seni, suaralah tempat dia bergantung mencari rezeki.


"Saya pernah berjumpa Ibnor sebelum ini dan nampak jelas berat badannya semakin susut. Aktiviti harian juga agak terbatas. Dia kini sedang menjalani beberapa proses rawatan di hospital dan secara perubatan Islam," ujarnya.




Nizam dan Ibnor, Foto: mStar




Sebelum ini, beberapa orang rakan selebriti turut berkongsi perkhabaran Ibnor di laman sosial mereka dan turut memohon sumbangan bagi meringankan beban penyanyi itu ketika berdepan dengan ujian.


"Saya tidak rasa Ibnor meminta-minta untuk dapatkan sumbangan, tetapi jika ada yang ikhlas memberi dia terima. Apabila orang ditimpa penyakit begini pastinya memerlukan wang untuk kos rawatan.


"Ibnor juga ada beberapa undangan persembahan sepanjang Januari dan Februari ini. Bagaimanapun semua itu bergantung kepada tahap kesihatannya sama ada boleh menyanyi atau tidak," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2023 08:22 AM | Show all posts
ok get well soon yach. wlopon tau xkan sembuh berjuanglah ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:14 AM | Show all posts
umur dah 61thn.. takkan tak pernah buat pemeriksaan kesihatan...takkan tetiba darah tinggi, tetiba kencing manis, tetiba kolestrol tinggi....sekali tetiba migrain....sekali tetiba buasir....

apa2 pun smg dpermudahkan lah urusan beliau...smg rakan2 artis ramai yg membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 11:17 AM | Show all posts
moga diberi kesembuhan buat beliau... kena jaga makan bang dah umur2 mcm ni, buat check up selalu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 02:14 PM | Show all posts
Sedap sore Ibnor Riza ni
Manly sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038337 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list