CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 572|Reply: 1

"Ini Bukit Jalil, Anda Tak Boleh 'Menari' Di Sini" - Safawi Rasid

[Copy link]
Post time 4-1-2023 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Kapten pasukan negara, Muhammad Safawi Rasid ternyata tidak senang dengan perang psikologi berbau provokasi dibuat penyerang Singapura, Ikhsan Fandi menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini malam Selasa.


Malaysia mencatat kemenangan 4-1 sekali gus memintas Singapura untuk layak ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.


Selain berbangga dengan setiap individu dalam pasukan yang berjuang bermati-matian bagi meraih kemenangan penting itu, Muhammad Safawi berkata, kejayaan itu lebih manis apabila menafikan niat pemain skuad Singa untuk ‘menari’ di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya.




Foto: BERNAMA




"ertama sekali saya sangat bangga dengan pemain dan terutama jurulatih yang selalu bagi motivasi kepada pasukan. Bagi saya kemenangan ini bagus sebab ada pemain Singapura nak menari malam ini (semalam), tapi tak jadi. Ini Bukit Jalil, anda tidak boleh melakukannya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini.


Ikhsan, anak kepada legenda penyerang Singapura Fandi Ahmad, menerusi hantaran dalam Instagram Story miliknya memuat naik gambar beliau dan adiknya, Ilhan sedang menari meraikan jaringan ketika menewaskan Malaysia 2-1 pada aksi antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, Mac lepas.


Dalam hantarannya sebelum perlawanan itu, pemain BG Pathum United itu yang terlepas beraksi di Piala AFF akibat kecederaan menulis: "Was planning on dancing on em again! God had other plans @Ilhanfa we gon get through this,” (Merancang untuk menari lagi! Tuhan ada perancangan lain @Ilhanfa kita akan laluinya).


Dalam pada itu, Muhammad Safawi terlalu gembira apabila memenangi Causeway Derby pertamanya sebagai pemain negara dengan membantu Malaysia menamatkan badi kemenangan menentang Singapura sejak November 2014.


"Bukan saya saja, seluruh pasukan gembira sebab kita menang bukan 1-0 tetapi 4-1. Bukan senang untuk dapatkan empat gol,” kata pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipinjamkan ke kelab Thailand Ratchaburi FC bermula musim depan.


Dalam pada itu, beliau masih belum berpuas hati dengan prestasinya biarpun sudah mengumpul lima bantuan gol dalam empat perlawanan termasuk dua yang diraih pada Selasa.


Katanya, selepas lama tidak beraksi, Piala AFF ialah pentas terbaik untuk menggilap semula namanya yang hampir tenggelam.


"Alhamdulillah dalam kempen kali ini saya dapat lima bantuan gol, ia bukan mudah jadi saya bangga dengan diri sendiri sebab sudah lama saya tak bermain dan kejohanan ini memang saya nak buat balik nama saya,” kata pemain berusia 25 tahun itu.


Malaysia yang juga juara 2010 akan berdepan juara bertahan Thailand pada peringkat separuh akhir secara timbal balik di sini pada Sabtu ini dan di Stadium Thammasat di Pathum Thani Selasa depan. Satu lagi aksi separuh akhir membabitkan pertemuan Vietnam dengan Indonesia. -CARI


Sumber:  Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2023 07:57 AM | Show all posts
tak boleh menari berjiget buleh ka pawi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.045399 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list