View: 368|Reply: 0
|
Rayuan FAM ditolak, Azam kekal kena dua perlawanan
[Copy link]
|
|
SATO melayangkan kad merah kepada Azam. FOTO Stadium Astro
Kuala Lumpur: Bantahan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap keputusan pengadil pada perlawanan ketiga Kumpulan B Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam ditolak Persekutuan Bolasepak Asean (AFF).
Menerusi satu kenyataan media, Jawatankuasa Disiplin AFF memutuskan insiden kad merah dilayangkan kepada pertahanan kanan Malaysia, Azam Azmi Murad dikekalkan dan pemain negara itu perlu menjalani penggantungan dua perlawanan.
Malah, Azam juga didenda USD1000 (RM4,406) yang perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan yang dibuat semalam.
Pemain Terengganu FC itu turut diminta berkelakuan baik dan tidak mengulangi perbuatan itu dan sekiranya ia berlaku lagi, tindakan yang lebih tegas akan diambil ke atasnya.
Dengan keputusan itu, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon tampaknya terpaksa melupakan khidmat Azam sehingga aksi separuh akhir pertama jika Malaysia mampu melepasi peringkat kumpulan kali ini.
Malah, keputusan AFF itu juga menandakan bantahan FAM sebelum ini ditolak.
Terdahulu, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam kenyataan menjelaskan tindakan bantahan itu dibuat selepas Sekretariat Agung FAM mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram.
Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan sudah berbincang dan meneliti klip video beberapa insiden sepanjang perlawanan yang berkesudahan Harimau Malaya tewas 0-3.
"Susulan itu, surat rasmi yang menyatakan ketidakpuasan hati FAM terhadap tindakan dan keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan sudah pun dihantar kepada Setiausaha Agung AFF, Winston Lee.
"Ia bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh badan induk bola sepak Asia Tenggara itu," kata Azman sebelum ini.
Pengadil, Ryuji Sato dikecam hebat oleh peminat Harimau Malaya berikutan beberapa keputusan dibuatnya pada perlawanan itu terutama apabila memberikan penalti kontroversi kepada Vietnam pada minit ke-59, yang menyaksikan Azam turut dilayangkan kad merah.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kena-dua-perlawanan |
|
|
|
|
|
|
| |
|