CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Kedah] Lelaki dikhuatiri lemas di Tasik Gubir

[Copy link]
Post time 3-1-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode

OPERASI mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dilanda arus deras di Tasik Gubir, Sik.

    Oleh NORLIA RAMLI
    3 Januari 2023, 9:02 am

SIK: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing dalam satu aktiviti perkhemahan bersama rakan-rakannya di Tasik Gubir, kira-kira pukul 1.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, mangsa, Muhammad Amirul Akmal Rashid, 29, bersama tujuh lagi rakannya dikatakan telah berkhemah dan bermalam di Tasik Gubir.

“Mereka tiba di tapak perkhemahan pada pukul 7 petang kelmarin dan bermalam di sana untuk aktiviti memancing dan menjala ikan, pukul 9.30 pagi semalam mangsa bersama lima rakannya menaiki bot untuk memancing. Dua lagi rakan mereka tidak ikut dan berada di tempat perkhemahan itu,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kira-kira empat jam kemudian, keenam-enam mereka kembali ke tapak perkhemahan dengan melalui laluan sungai setelah turun dari bot sebelum bercadang untuk menjala ikan di tebing sungai tersebut.

“Namun, selang beberapa minit kemudian, air sungai bertukar menjadi deras dan laju menyebabkan mereka panik dan segera menyelamatkan diri dengan bergegas ke tebing sungai. Malangnya, mangsa tidak sempat menyelamatkan diri, lalu hilang dibawa arus.

“Pasukan keselamatan termasuk bomba dan Angkatan Pertahanan Awam bergegas ke lokasi, namun tidak dapat membuat pencarian memandangkan keadaan tasik yang gelap dan menyukarkan proses mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.57 petang.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah terima panggilan kecemasan melalui MERS 999 dan jentera-jentera serta bot dengan kekuatan lima anggota bersama pegawai digerakkan ke Tasik Gubir.

“Jarak lokasi dari balai adalah 43 kilometer dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat ini,” katanya.

Tambah beliau, operasi pencarian sudah bersambung pada pagi ini berikutan terpaksa menangguh proses itu semalam disebabkan keadaan persekitaran tasik yang gelap dan cuaca kurang mengizinkan. –UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... mas-di-tasik-gubir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.229955 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list