CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki warga emas dilaporkan hilang ditemui selamat

[Copy link]
Post time 3-1-2023 12:02 AM | Show all posts |Read mode


Mangsa ketika ditemui oleh pasukan SAR.

SIBU: Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun yang dilaporkan hilang di kebunnya di hadapan sebuah stesen minyak, Jalan Mukah-Balingian dekat sini ditemui dengan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa dikenali sebagai Shaminan Mokthar dilaporkan hilang oleh anaknya jam 10.14 pagi semalam.

"Pada 1 Januari lebih kurang jam 9 pagi di kediaman anaknya yang merupakan pengadu kehilangan mangsa atau orang hilang (OH) di alamat Kampung Tutus Hilir, Mukah bertanyakan OH hendak pergi ke mana ketika itu.

"Masa itu, kelihatan OH lengkap berpakaian mengatakan hendak mencari buah asam paya di kebun mereka di hadapan Shell Jalan Mukah-Balingian untuk dijual," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rizal, pada kebiasaannya OH akan pulang ke rumah sebelah petang lebih kurang jam 6 petang.

Bagaimanapun, jam 6.30 petang pengadu mendapati OH masih tidak pulang ke rumah lalu mendapatkan bantuan penduduk kampung mencarinya di lokasi kejadian dan menemui basikalnya ditinggalkan di bahu jalan di hadapan Shell Jalan Mukah-Balingian pada 1 Januari lebih kurang jam 9 malam.

"Susulan laporan dibuat pengadu, pasukan polis bersama agensi keselamatan melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) OH jam 10.40 pagi.

"Jam 11.30 pagi, pasukan SAR PDRM menjumpai buah tompokan asam paya dipercayai milik OH ditinggalkan di tepi laluan pencarian," jelasnya.

OH berjaya ditemui dalam keadaan selamat lebih kurang 1.5 kilometer dari pusat kawalan tempat kejadian (PKTK) jam 1.30 petang oleh pasukan RELA Mukah.

Rizal memberitahu mangsa dihantar ke Hospital Mukah dengan menaiki van kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Mukah untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, operasi SAR ditamatkan jam 2 petang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.057305 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list