CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Sarawak] Lemas: Dua selamat, seorang masih dalam pemantauan

[Copy link]
Post time 2-1-2023 11:58 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak digerakkan ke Sungai Rayu, di sini berikutan menerima laporan terdapat tiga individu dikhuatiri lemas di lokasi tersebut hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JPBM Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan mencari mangsa sekitar jam 2.47 petang.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bergegas ke lokasi.

"Menerusi maklumat daripada pengadu, terdapat tiga mangsa terlibat dalam insiden berkenaan.

"Mangsa pertama berjaya dijumpai oleh orang awam dalam keadaan sedar manakala mangsa kedua berjaya ditemui tidak jauh dari penemuan mangsa pertama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, ketika bomba dalam perjalanan ke lokasi, mangsa yang terakhir (ketiga) berjaya dijumpai orang awam dan dibawa ke hospital menggunakan kenderaan awam.

"Kenderaan yang membawa mangsa terakhir itu terserepak dengan kenderaan EMRS, sebelum kenderaan bomba itu diminta untuk berhenti bagi memberi bantuan awal kepada mangsa.

"Anggota EMRS terus memberi bantuan awal iaitu melakukan CPR kepada mangsa ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS)," jelasnya sambil menambah, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, status mangsa ketiga itu masih belum dapat dipastikan.

"Mangsa pertama dan kedua berada dalam keadaan selamat manakala mangsa ketiga yang berusia 24 tahun masih dalam pemantauan pihak Hospital Umum Sarawak (HUS)," jelasnya.

Susulan ketiga-tiga mangsa itu berjaya ditemui dan dibawa ke hospital, operasi ditamatkan sekitar jam 4.08 petang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.057714 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list