CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

Ronaldo dibayar RM87,939 sejam di Al Nassr

[Copy link]
Post time 31-12-2022 11:05 AM | Show all posts |Read mode

Cristiano Ronaldo kini ahli sukan paling mahal dalam sejarah apabila dia dibayar 173 juta pound (RM761.3 juta) setahun oleh kelab bola sepak Arab Saudi, Al Nassr. - Foto AGENSI

RIYADH: Cristiano Ronaldo kini ahli sukan paling mahal dalam sejarah apabila dia dibayar 173 juta pound (RM761.3 juta) setahun oleh kelab bola sepak Arab Saudi, Al Nassr.

Jika dipecahkan kepada nilainya untuk setiap saat apabila sepanjang tempoh dua tahun setengah akan datang, penyerang Portugal itu akan menerima bayaran RM24.2 sesaat.

Malah jika dia tidur lapan jam sehari di bumi Arab itu, dia masih dibayar sejumlah RM703,512 sepanjang waktu tidurnya dalam sehari itu.

Ia adalah pakej pra-persaraan terbaik buat Ronaldo yang sebelum bersetuju menerima tawaran berkenaan, kontraknya ditamatkan oleh Manchester United dan Portugal tersingkir di suku akhir Piala Dunia di tangan Maghribi.


Bagaimanapun kehadiran Ronaldo di bumi Arab Saudi bukan sekadar untuk membantu Al Nassr memenangi piala. Ia dianggap pelaburan penting oleh negara itu bagi membida hak penganjuran Piala Dunia 2030 selepas kejayaan mereka mengejutkan Argentina di Qatar.

Pecahan gaji Ronaldo

Setahun 173 juta pound (RM761.3 juta)

Sebulan 14.4 juta pound (RM63.4 juta)

Seminggu 3.33 juta pound (RM14.5 juta)

Sehari 476,000 pound (RM2.1 juta)

Sejam 19,982 pound (RM87,939)

Seminit 330 pound (RM1,452)

Sesaat 5.5 pound (RM24.2)

https://www.bharian.com.my/sukan ... 9-sejam-di-al-nassr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.050105 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list