Kredit foto: IG
"Sampai masanya untuk saya kongsikan dan mengesahkan yang saya sudah pun berpisah dengan isteri pada bulan Jun yang lalu."
Lama Luqman Hafidz mengunci mulut berhubung spekulasi berkaitan rumah tangganya, pelakon berusia 31 tahun itu akhirnya mengakui sudah bercerai dengan Nurul Atiqah Mad Apandi, 31, pada Jun lalu.
Berkata kepada Harian Metro, Luqman nekad untuk berkongsi perkara itu selepas diasak ramai pihak termasuk rakan media.
Katanya, mereka berpisah secara baik di mahkamah dan kini fokus untuk memberikan kehidupan yang baik pada anak.
"Saya sedar status saya sebagai anak seni tak lari dari perhatian masyarakat. Justeru saya tampil memberikan kenyataan ringkas ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau tanda tanya berterusan dari mana-mana pihak. Semoga tiada lagi spekulasi yang timbul selepas ini.
"Saya berharap agar pihak media khususnya dapat memberikan ruang kepada saya dan menghormati keputusan ini bagi menjaga hati keluarga saya juga bekas mentua. Saya mohon maaf atas segala kekalutan sebelum ini.
"Fokus saya sekarang adalah kerja keras bagi mencari rezeki dan sebagai seorang bapa, tanggungjawab ini adalah keutamaan saya. Saya pohon semua titipkan doa yang baik2 dan saya doakan yang terbaik juga buat kalian," katanya.
Terdahulu, pasangan itu diijabkabulkan pada 20 Mac 2020 dan dikurniakan anak perempuan, Eve Laura pada 6 Februari 2021 yang kini berusia setahun. - CARI |