CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

2 Lelaki Ditahan Kutip Caj Parkir Kereta Tepi Jalan

[Copy link]
Post time 29-12-2022 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Dua lelaki berusia 30-an ditahan ketika serbuan Op Parkir Haram di kawasan Lebuh Raya Sultan Azlan Shah Bayan Baru di sini, malam tadi.


Operasi itu dijalankan pegawai dan enam anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya sekitar jam 8 hingga 11 malam di kawasan berkenaan.




SATU daripada dua individu yang ditahan dalam Op Parkir Haram di kawasan Lebuh Raya Sultan Azlan Shah, di sini, kerana disyaki mengutip wang parkir secara haram. FOTO ihsan PDRM





IPD Barat Daya menerusi kenyataan berkata, pihaknya mendapati beberapa individu menjalankan aktiviti mengutip caj parkir kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di tepi jalan.


Menurutnya, serbuan yang dibuat kemudian menahan dua individu kerana disyaki mengutip wang parkir secara haram.


"Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke balai bagi tindakan lanjut.


"olis memantau aktiviti parkir haram setiap masa termasuk pada hujung minggu bagi mengekang aktiviti ini," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah boleh hubungi bilik gerakan IPD Barat Daya di talian 04-8664122; 0192238169 (Aplikasi Whatsapp) atau halaman Facebook (Messenger) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.207016 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list