|
Penyanyi Shila Amzah berkongsi keterujaan dapat menurunkan sebanyak 14 kilogram (kg) sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai.
Shila atau pemilik nama penuh, Nurshahila Amir Amzah, 32, menjelaskan bagi mendapatkan bentuk tubuh ideal bukanlah proses mudah buat dirinya.
IG Shila
"Saya berjanji pada diri saya untuk menjaga diri dengan lebih baik dan saya berjaya lakukan pada 2022.
"Saya gembira, saya boleh meninggalkan 2022 bersama-sama dengan 14 kilogram yang telah saya turunkan.
"Sepanjang semua kesakitan dan halangan, saya berjaya lakukan. Alhamdulillah, untuk segala kemenangan, walaupun untuk kemenangan kecil juga dikira," tulisnya.
Sebelum ini, Shila mengakui dia pernah terfikir untuk mengambil jalan pintas untuk kurus dengan menggunakan prosedur memasuki belon dalam perut. Kurang keyakinan diri disebabkan menjadi mangsa 'body shaming', Shila bagaimanapun enggan melalui prosedur itu kerana bimbang akan memudaratkan vokalnya.
Perkongsian pelatun lagu Khilaf Asmara itu dibanjiri dengan ucapan dan kata-kata positif daripada netizen. Malah, mereka turut mendoakan Shila agar terus kuat bagi menempuhi dugaan dan cabaran tahun baharu.
Sekadar info, Shila dan bekas suami, Haris Elias berkahwin pada April 2018 dan bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Harian Metro |
|