CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pencegahan samseng jalanan antara tumpuan Op Ambang Tahun Baharu

[Copy link]
Post time 29-12-2022 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Pencegahan samseng jalanan antara tumpuan Op Ambang Tahun Baharu


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Datuk Fizol Salleh pada sidang media berhubung 'Operasi Sempena Ambang Tahun Baharu 2023' pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang. FOTO MIKAIL ONG




Georgetown: Polis Pulau Pinang bersama beberapa jabatan dan agensi akan memberi tumpuan kepada pencegahan samseng jalanan di kawasan panas yang sepanjang Op Ambang Tahun Baharu 2023 bermula esok hingga 1 Januari ini.

Operasi bersepadu itu membabitkan seramai 1,091 pegawai dan anggota polis di lima daerah selain kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh berkata, operasi berkenaan diadakan bagi memastikan ambang tahun baharu tidak dicemari dengan kegiatan lumba haram demi keselamatan orang awam.

Katanya, pada masa ini pihaknya sudah mengenalpasti sebanyak 12 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti rempit.

"Namun tumpuan pencegahan bukan hanya dilakukan di 12 lokasi itu tetapi juga di seluruh Pulau Pinang demi keselamatan orang awam termasuk pengunjung ke negeri ini.

"Tindakan sitaan kenderaan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 juga diambil jika dikesan modifikasi pada kenderaan secara haram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Selain itu turut diberi tumpuan ialah pencegahan jenayah dan operasi parkir haram di kawasan yang dikenal pasti menjadi tumpuan pengunjung.

"Seramai 108 individu yang terbabit dalam aktiviti rempit sudah ditahan sejak Januari hingga Disember tahun ini.

"Untuk tahun depan, kita akan tumpukan juga kepada pemeriksaan bengkel dengan kerjasama semua jabatan dan agensi berkaitan," katanya.


Disiarkan pada: Disember 29, 2022 @ 6:36pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.245671 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list