CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 616|Reply: 8

Ibu Bapa Dah Sedia Tambang Bas Sekolah Naik?

[Copy link]
Post time 29-12-2022 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Tambang bas sekolah mungkin akan naik pada Januari disebabkan kos overhed yang meningkat, kata badan persatuan bas sekolah.


Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia Amali Munif Rahmat memetik harga alat ganti yang lebih tinggi, kenaikan gaji pemandu, dan persaingan daripada pengusaha tidak berlesen.


Setiausaha Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Tunku Munawirah Putra memberikan maklum balas dengan berkata, kerajaan perlu menyediakan subsidi tambang bas dalam bentuk baucar bagi meringankan beban keluarga B40 yang mempunyai anak bersekolah.


Menurut Amali, pengusaha bas sekolah terjejas apabila sekolah ditutup untuk tempoh yang lama ekoran wabak Covid-19, menyebabkan ramai antara mereka gulung tikar dan pemandu dibuang kerja.




Gambar hiasan/Malaysian Insight




Katanya, sukar mencari pemandu tanpa memberikan gaji yang lumayan. Gaji semasa RM2,000 sebulan tidak menarik kerana pemandu boleh memperoleh jumlah itu untuk kerja yang kurang tekanan.


“Kami pernah mempunyai kira-kira 16,000 pengusaha tetapi telah berkurangan kepada kira-kira separuh,” katanya kepada FMT.


“Selain kenaikan kos operasi, bas sekolah berlesen berdepan cabaran serius daripada pengusaha haram yang menawarkan perkhidmatan yang lebih murah.


“Sukar mendapatkan pemandu sekarang ini kerana mereka lebih gemar memandu koc ekspres dan lori, bukan sahaja mereka dibayar lebih tetapi juga kurang tekanan. (Jika memandu bas sekolah), mereka malah tidak boleh cuti sakit kerana akan mengganggu persekolahan murid.”


Mengenai unjuran tambang yang lebih tinggi, Amali berkata, pihaknya telah mengeluarkan garis panduan mengenai kadar bulanan mengikut perkhidmatan yang disediakan dan jarak, serta faktor lain. Tambang boleh menjadi antara RM50 hingga RM1,000 kerana segelintir ibu bapa mahukan bas yang sangat selesa serta boleh dikesan dengan GPS.


Tunku Munawirah menegaskan bahawa tambang bas sekolah yang lebih mahal ialah isu yang sering dibangkitkan, tetapi tiada penyelesaian ditemui. Justeru, katanya, kerajaan perlu campur tangan.


“Kerajaan harus memberikan baucar tunai kepada mereka yang memerlukannya, terutama keluarga B40. Sesetengah ibu bapa mungkin tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah dan ini boleh menyebabkan mereka tercicir (dalam persekolahan) jika tidak dibantu,” katanya.


Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) N Marimuthu berkata, isu itu mesti diselesaikan sebelum penggal persekolahan dibuka kerana ada keluarga yang terpaksa membayar tambang bas sekolah sebanyak RM500 untuk anak-anak mereka.


“Secara khususnya, keluarga B40 memerlukan sokongan kerajaan kerana mereka mungkin mempunyai sehingga lima anak. Selain itu, pengusaha dan pemandu bas sekolah juga akan mendapat manfaat daripada subsidi kerana mereka terjejas teruk oleh wabak.


“Ramai pemandu kehilangan pekerjaan dan subsidi akan membantu mereka bangkit semula,” katanya.




Sumber: FMT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit² nk harap krjn sapot. Sikit² krjn nk kna bg bantuan. Branak ramai ja tau. Kos gembala ank ni besar tau! Dok kg kaa..dok pekan kaa...dok hulu banat mana kaa..kalo ank tuh becerotet mmg rasa tbeban. Haih..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Homeschooling sudah ler....berapa banyak boleh saving..

@Dwdrums....

Kahkahkahkahkshkah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 01:48 PM | Show all posts
tambang bas mahal tak payah pergi sekolah - kata menteri
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 29-12-2022 01:41 PM
Sikit² nk harap krjn sapot. Sikit² krjn nk kna bg bantuan. Branak ramai ja tau. Kos gembala ank ni ...

Tu la...bila ada duit lebih bukan reti nk menyimpan..tp sibuk la duk jalan sana sini bawak anak pi bercuti. Makan kat kedai mcm tak boleh masak kt rumah.
Lps tu duk harap bantuan manjang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
haku mengantor ank2 jiran sekolah, nk kene Naik tambang keta jugak ke? tp x smpai hati pulak nak Naik, niat nk tlg jiran jugak sbb sesama rakyat marhaein
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila berumah 100m dari sekolah, suruh jalan kaki
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:42 PM | Show all posts
Tiap tahun tambang bas naik. pengusaha bas sekolah jgn haraplah income dr. pendapatan bas sekolah je.. dahlah bila cuti sekolah pun tambang kena bayar..patutnyer engkorang cari pendapatan lain juga..

jgnlah asyik nk srh kerajan naik kan tambang bas sekolah dgn alasan kos overhead naik.. masa cuti sekolah tu korang tkde pendapatan buatlah kerja lain macam jadi bas pelancong, bw grab ke hahhaha.. ini bila nk naik sekolah tiap tahun nak naik kn tambang bas.. padahal duit dah abis gi bercuti sana sini cuti2 aritu .hahah sbb korang pun turut bercuti mkn angin kan.. kan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya baru bulan bila tu harga tambang baru naik kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.174867 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list