CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 723|Reply: 5

Isteri Pertama Tak Restu Atau Tak Tahu, Separuh Lelaki Malaysia Yang Kahwin Di Thailand Ada Gelaran Datuk

[Copy link]
Post time 29-12-2022 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Menurut NST, Lebih separuh lelaki Malaysia yang merentasi sempadan Malaysia-Thailand untuk bernikah di Narathiwat, mempunyai gelaran ‘Datuk’.


Jelas Majlis Agama Islam Narathiwat, kesemua ‘Datuk’ ini berbuat sebegitu gara-gara tidak mendapat kebenaran daripada isteri pertama.


Sedia maklum, kebenaran daripada isteri pertama merupakan pra-syarat untuk berpoligami di Malaysia.


Abdul Rahman Yusof, ahli jawatankuasa majlis berkata sebelum pandemik Covid-19 berlaku, kira-kira 100 lelaki Malaysia akan berkahwin di selatan Thailand setiap bulan




Gambar Hiasan




Bagaimanapun, selepas sempadan dibuka semula, jumlah itu menjadi 40 hingga 70 rakyat Malaysia dari wilayah kecil Sungai Golok sahaja.


Mereka datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Daripada pekerja kolar biru biasa kepada kakitangan kerajaan dan VIP, termasuk mereka yang bergelar ‘Datuk.”


Selain berkahwin di Narathiwat tanpa pengetahuan pasangan mereka, ada juga beberapa pasangan yang membawa diri ke sana untuk bernikah kerana mendapat bantahan ibu bapa.


Pengarah Jabatan Agama Islam dan Agama Kelantan (JAHEAIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata mana-mana pasangan dari negeri itu yang bernikah di Thailand perlulah mendaftarkan perkahwinan mereka dengan pihak berkuasa agama Malaysia sebaik sahaja pulang ke tanah air. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 03:28 PM | Show all posts
iolls speku dia tabur wang ke bini pertama suh enjoy2 shoping2...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:49 PM | Show all posts
dorang restu cuma tak tau je

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:20 PM | Show all posts
alah dato2 beli ni jgn la caya sgt.. kut tanya kwn meols property agent. kut yg dtg to dato mmg sheols layan tak layan je.. sbb buang masa.. takde duit

ni pun seko dato kunun nak sewa kedai meols.. dr bulan nov lagi pumpang,  dah la mintak meols yg buat agreement padahal patot tenant.. pehtu sampai skang tak bayo2.. so tak kuasa aku nak pi stamping ..gigih  mintak kunci haper nya dah deposit pun ko tak boleh nak bayau.. bukan banyak pun..

aleee uto!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:38 PM | Show all posts
and separuh dari datuk tu i percaya datuk beli
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:43 PM | Show all posts
nasihat kepada bini kedua yang kawin di siam nun, buat la secara proper..dapatkan surat nikah yang valid.. apa2 hal senang..jangan kawin "kosong" je..maknanya xde dokumentation lengkap dan guna sindiket.. nanti ko jugak yang susah, time ada anak nak register surat beranak, nak masuk sekolah.. laki yang ko kawin tu nak memantat menyedap je..yang tanggung susah, tanggung bala tanggung azab ko jugak orang pompuan.. jangan jadi bodoh, jadi bebal sebab napsu semata.. ujung2 bila bini first dia tau, sekali hembus je dia ceraikan kau dengan dokumen apapun xdak..ujung2 ko merempan meroyan laki buat xtau, xbagi nafkah, xngaku anak....
hidup kena pikir anak cucu and keturunan jugak..jangan menyusahkan anak xboleh sekolah, tak dapat itu ini sebab mak bapak xreti daftar kat malaysia..
gitewww bebelan aku time nak balik keje ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.133686 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list