View: 1252|Reply: 5
|
Tengah Main Gelongsor Air Di Taman Tema Shah Alam, Tiba-Tiba Tersekat Sebab Tak Ada Air!
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Gelagat seorang pengunjung di sebuah taman tema air di Shah Alam, Selangor, yang tersekat di tengah-tengah gelongsor air, mencuri perhatian ramai pihak.
Di dalam video yang dimuat naik oleh @thekieys di akaun TikToknya, situasi tersebut terjadi apabila air di gelongsor dinaikinya tiba-tiba terhenti.
Pengunjung tersebut yang masih berada di atas pelampung kemudiannya turun dan berjalan menyelusuri gelongsor tersebut untuk kembali semula ke tempat bermula (starting point).
Foto: tiktok
“Tengah syok main air, tiba-tiba air tiada. Tersangkut pula di tengah-tengah gelongsor. Maka berjalanlah kami naik ke atas balik. Dahlah jauh ya,” tulisnya di dalam video itu.
Di ruangan komen rata-rata terhibur dengan situasi tersebut yang dianggap jarang berlaku selain beberapa pengunjung lain turut mengaku pernah mengalami perkara yang sama.
“Kalau yang kurus tidak apa juga kalau sangkut. Kalau yang besar gajah macam aku ini, naya juga kalau sangkut,” komen seorang netizen.
“Hari itu baru pergi.. sama juga tersangkut. Tapi katanya, pengawal akan berhentikan air kalau ada pengunjung yang terjatuh dalam gelongsor,” komen netizen yang lain pula. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Isunya pasal selangor selalu tak ada air ke dekkk?
Kau pakai air kencing kau je la dek bagi gelongsor ada air alah itu pun nak kena ajar ke dekkkk??? |
|
|
|
|
|
|
|
Apekah
Kesiannya kena jalan kaki atas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nantikan content lepas berak nak basuh takde air buat kemunculan di Cari
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat Sgor bukan ayor free kah? Apooo |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 29-12-2022 11:56 AM
Isunya pasal selangor selalu tak ada air ke dekkk?
Kau pakai air kencing kau je la dek bagi gelongs ...
Mana cukup...air kenxcing.ciput je |
|
|
|
|
|
|
| |
|