CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7725|Reply: 145

Malas Bersenam, Asyik Makan Je- Rakyat Malaysia Dijangka Semakin Gemuk

[Copy link]
Post time 29-12-2022 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Penyakit tiga serangkai iaitu sakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi menduduki senarai teratas penyakit popular yang sering menyerang manusia zaman moden ini.


Jika salah satu penyakit yang menyerang, kita amat bernasib baik, tetapi sekiranya ketiga-tiga sekali gus hinggap dalam badan, pesakit perlu berwaspada.


Bagaimanapun, ada satu lagi penyakit yang ramai dihidapi rakyat negara iaitu penyakit malas bersenam.


Cuma sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berfasa lebih setahun, ramai rakyat yang tiba-tiba rajin bersenam.




Gambar Hiasan




Berjoging dan berbasikal adalah aktiviti riadah paling meriah di taman-taman rekreasi atau di jalan raya.


Hampir setiap pagi dan petang, malah malam pun masih ada yang beriadah.


Ketika itu, jualan peralatan sukan dan basikal laku keras kerana hanya itu aktiviti dibenarkan dan mampu menggembirakan hati rakyat yang dilarang merentas daerah dan negeri.


Namun, sejak pelaksanaan PKP berakhir dan rakyat bebas ke mana-mana sahaja terutama boleh pergi bercuti dan pulang ke kampung, penyakit malas bersenam kembali semula.


Jika dilihat di atas jalan raya, tidak ramai lagi yang berbasikal. Begitu juga di taman-taman rekreasi, hanya mereka yang tegar masih berjoging.


Sebahagian besar yang lain pergi melancong, makan angin atau lebih suka berkonvoi menunggang motosikal atau memandu kereta.


Mungkin aktiviti rekreasi sebegini bermusim sahaja. Habis trend, ramai yang ‘lelong’ basikal daripada tergantung begitu sahaja, lebih menyakitkan mata apabila menjadi tempat sangkut pakaian.


Tidak mustahil, jumlah rakyat yang mengalami obes akan meningkat. Sudahlah malas bersenam, pemakanan juga tidak dijaga. Selagi bernafsu, selagi itu segala makanan berlemak tinggi, manis atau masin ditelan sahaja.


Hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati, sebanyak 50.1 peratus daripada orang dewasa mengalami berat badan berlebihan dan obes.


Penemuan data ini sememangnya tidak menggembirakan kerana ia menunjukkan berlakunya tren peningkatan berbanding kajian sama tahun sebelumnya.


Justeru, sesibuk mana pun urusan seharian terutama tugasan kerja yang padat, pandai-pandai curi masa untuk mengeluarkan peluh.


Semakin berusia, makin banyak penyakit yang menunggu. Gaya hidup dan amalan pemakanan yang dilakukan ketika ini akan menentukan tahap kesihatan pada masa hadapan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mana ada malas wa kelija 10 jam hari2..2jam pigi balik..mana ada masa
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:00 AM | Show all posts
Macam malaah tak gemuk hari2 orang malaysia bekerja lebig daripada 50 jam seminggu
tiada masa untuk bersenam dan buat aktiviti yang menyihatkan...

tapi tidak mengapa kerana itulah gunanya orang msia ini
kerana jika orang msia sihat, mereka akan ada lebih idea dan peluang untuk maju..
jangan beri peluang... suruh saja mereka bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 29-12-2022 02:22 PM

hari2 jem pagi, kerja 10 jam selama 6 hari, balik kerja jem lagi 2 jam, sampai rumah 8, tidur 11, ahad baru bersenam itupun jadual padat pagi ke malam dgn pergi pasar, shopping, kerja rumah, parent, masak 1 week menu, bertukang
Hanya org menganggur/majikan yg masuk kerja 3-4 jam sehari layak bersenam dan menonton tv netflix game taw
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari cuti dan weekend sempat la bersenam 1-2 jam.. tapi hari bekerja mmg penat betul rasa,  tak larat dah nak bersenam2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:32 AM | Show all posts
little_sis replied at 29-12-2022 11:19 AM
Hari cuti dan weekend sempat la bersenam 1-2 jam.. tapi hari bekerja mmg penat betul rasa,  tak lara ...

takpe je sis kalau u mampu kontrol makan
saya ni hobi makan sbb tu saya kena make sure bakar kalori setiap hari, sikit pun takpe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Wat yoga n pilates je kt rumah.. Tak minat senaman outdoor n gym coz byk rembeskan stress hormone. Tgk berat naik lebih drpd 48 pun dah stress[em:7:]
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:39 AM | Show all posts
kalau tak masa nak exercise, try incorporate exercise into daily routine:
naik tangga, parking jauh, etc.

Sekurang2nya ada bergerak jugak dari duduk je berjam2 sehari.

paling penting kena kawal pemakanan la, rakyat malaysia makan dah teruk sangat sebenarnya. Semua nak manis2, portion besar, mana tak menyumbang lebihan kalori.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 11:42 AM | Show all posts
Tak yah pegi gym kalau boleh invest beli treadmill, exercise bike, bersenam kat rumah je.

Paling senang, try skipping ke, ikut zumba/senamrobik dalam youtube. Cer try ikut Fitness Blender, 20 minit pun boleh berpeluh dah.

Alah, banyak cara nak berpeluh sebenarnya, nak tak nak je.

Mengekalkan berat badan ideal tu bukan semudah menelan pil ye.

Paling best, you reap the benefits of regular exercise bila masuk 50s.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:43 AM | Show all posts
sufi^_^ replied at 29-12-2022 11:39 AM
kalau tak masa nak exercise, try incorporate exercise into daily routine:
naik tangga, parking jauh, ...

Kan? Pstu nnti slhkn org lain sbb diri sndri x brsenam haha.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:44 AM | Show all posts
ninja boy replied at 29-12-2022 11:16 AM
hari2 jem pagi, kerja 10 jam selama 6 hari, balik kerja jem lagi 2 jam, sampai rumah 8, tidur 11, ah ...

Aiol yg mnganggur krja upahan ni smpat je brsenam tpi psl ksut dh rosak & cuaca pun x menentu, iol stop dlu. Btw kwn iol ada yg krja full tpi sllu layan game.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:49 AM | Show all posts
ninja boy replied at 29-12-2022 03:16 AM
hari2 jem pagi, kerja 10 jam selama 6 hari, balik kerja jem lagi 2 jam, sampai rumah 8, tidur 11, ah ...

Saya tak menganggur, commute 80km sehari, ada family, maidless dan ada masa nak senam

Cuma tak dinafikan memang ada hari sibuk yang kena cuti bersenam. Dah tu penat tak boleh bawak bincang, memang nak hempuk je sapa2 yang perli orang tak bersenam.

Tapi bila boleh curi masa, kena senam juga. Min 20 minit pun ok je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak dah x jogging kat luar...jogging guna treadmill je dlm rumah...berpeluh la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:51 AM | Show all posts
Tak nak gemuk:

Calories in < Calories out.

Tak perlu masuk gym senam berjam2 sehari kalau reti jaga makan.

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Doktor i nasihatkan bersenam 150 minit seminggu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ditahap yg xboleh turun dah even diet dan exercise. How? Ada cara lain ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 11:55 AM | Show all posts
gideoncross replied at 29-12-2022 03:44 AM
Aiol yg mnganggur krja upahan ni smpat je brsenam tpi psl ksut dh rosak & cuaca pun x menentu, iol ...

hujung tahun memang off season, , lagi satu time ramadan & raya. Kita enjoy je, cuti exercise.

tak koser nak hidup stress astik pikir bersenam & diet je
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols byk jalan kat tmpt keje.. kira exercise jugakk la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tkde masa nak bersenam.. jaga pemakanan je.. kurangkan minum yang manis..
Park kereta jauh sikit dr lif supaya boleh berjalan..
Kalau offc di tingkat rendah..boleh je amalkan naik tangga ..
Puasa sunat isnin& khamis..
Jiwa kena kental kalau nak jaga kesihatan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:25 PM | Show all posts
sejak pelaksanaan PKP berakhir dan rakyat bebas ke mana-mana sahaja terutama boleh pergi bercuti dan pulang ke kampung, penyakit malas bersenam kembali semula

Kalau begitu senang je, buat balik PKP Sabtu & Ahad. Rakyat akan kembali bersenam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.056701 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list