View: 344|Reply: 0
|
Mbappe ledak gol, Neymar dibuang padang
[Copy link]
|
|
MBAPPE menyempurnakan sepakan penalti untuk menghadiahkan gol kemenangan buat PSG. FOTO EPA
Paris: Kylian Mbappe menyempurnakan penalti di masa kecederaan untuk membantu Paris Saint Germain (PSG) mencatat kemenangan 2-1 ke atas Strasbourg dalam saingan Ligue 1.
Mbappe kembali beraksi buat PSG selepas 10 hari dia meledak hatrik dalam perlawanan akhir Piala Dunia yang menyaksikan lawan mereka dari Argentina, menang menerusi penentuan penalti.
Seorang lagi bintang PSG, Neymar dibuang padang selepas menerima dua kad kuning, kekecewaan yang berterusan buat pemain Brazil itu selepas negaranya tersingkir di suku akhir Piala Dunia.
Ketua pasukan, Marquinhos meletakkan pasukan tuan rumah di depan hasil jaringan menerusi tandukan namun pertahanan Brazil itu menjaringkan gol sendiri di minit ke-51 ketika beberapa bintang PSG masih lagi belum dapat menyesuaikan diri selepas saingan Piala Dunia di Qatar.
Neymar menerima kad kuning pertama selepas mengasari pemain Strasbourg dan selang beberapa minit dia mendapat kad kuning kedua kerana sengaja merebahkan badan dalam petak penalti lawan.
Mbappe berusaha mencari gol kemenangan buat PSG namun dua percubaan yang dilakukannya gagal menemui sasaran.
Bagaimanapun, pada masa kecederaan separuh masa kedua dia dijatuhkan dalam petak penalti dan menyempurnakan sepakan untuk memberikan gol kemenangan pada minit ke-96.
Bintang Argentina, Lionel Messi yang membantu negaranya muncul juara Piala Dunia tidak berada dalam senarai skuad PSG.
Kemenangan itu meletakkan PSG lapan mata di hadapan Lens, yang harus menewaskan Nice esok pagi untuk meneruskan persaingan.
PSG juga mengumumkan bahawa pemain tengah Itali berusia 30 tahun, Marco Verratti melanjutkan kontrak di kelab itu sehingga 2026.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ymar-dibuang-padang |
|
|
|
|
|
|
| |
|