View: 359|Reply: 0
|
Aksi berguling-guling pemain import Perak tarik perhatian dunia
[Copy link]
|
|
Lakonan pemain import Perak FC, Sunday Afolabi ketika aksi Liga Perdana Malaysia menentang Kelantan FC menarik perhatian dunia. - Foto AGENSI
LONDON: Tahun 2022 bakal menutup tirainya dan selain peristiwa menarik dalam bola sepak, insiden pelik dan melucukan juga menarik perhatian dunia.
Media Inggeris, Sportsmail menyenaraikan beberapa insiden menarik sepanjang tahun ini - termasuk lakonan pemain import Perak FC, Sunday Afolabi ketika aksi Liga Perdana Malaysia menentang Kelantan FC.
Afolabi memasuki senarai dalam kategori terjunan terbaik (atau terburuk) selepas dia berpura-pura dikasari ketika pasukannya mendahului 2-1 di akhir permainan.
Salah seorang pengguna melabelkan aksinya sebagai layak memenangi "Fallon d'Floor" apabila dia berguling-guling di hadapan pintu gol Kelantan FC walaupun tidak dikasari pemain lawan.
Malaysia 2nd division
Perak FC
Sunday Afolabi celebrations...goes wrong pic.twitter.com/GaVylb0I8X
— Gloria (@GloriaFootball) August 11, 2022
Sebelum itu pemain import dari Nigeria itu menari-menari di tepi gawang bagi menaikkan semangat penyokong ketika permainan dihentikan kerana salah seorang pemain menerima rawatan di tepi padang.
Ketika menari-nari di hadapan salah seorang pemain Kelantan, kakinya seakan tersadung pemain lawan dan dia berguling-guling lebih lapan kali di depan gawang.
Lakonannya tidak mendapat perhatian pengadil, apatah lagi pemain lawan dan dia turut diberi amaran oleh jurulatihnya sendiri.
Selain Afolabi, insiden pemain Liga Premier Kanada, William Akio dari pasukan Valour FC yang menafikan jaringan rakan sepasukannya sendiri turut berada dalam senarai.
Pada minit ke-17 permainan, Alessandro Riggi berjaya menewaskan penjaga gol lawan dan menolak bola ke dalam gawang, tetapi Akio dengan pantas mengeluarkan bola yang belum melepasi garisan gol.
Afolabi dan Akio bagaimanapun boleh berbangga kerana bintang Portugal, Cristiano Ronaldo turut berada dalam senarai dikeluarkan Sportsmail itu.
Wawancara Cristiano Ronaldo (kiri) bersama Piers Morgan menyebabkan kontraknya ditamatkan oleh Manchester United. - Foto AGENSI
Ronaldo tersenarai kerana wawancaranya dengan Piers Morgan yang akhirnya menyebabkan kontrak pemain Portugal itu bersama Manchester United ditamatkan.
Ronaldo menyelar pengendali United, Erik ten Hag, rakan sepasukan serta kelab dalam wawancara berkenaan yang dilakukan sebelum Piala Dunia. Kontraknya ditamatkan ketika dia bersama negaranya di Qatar.
Penjaga gol Argentina, Emi Martinez meraikan kejayaan memenangi Sarung Tangan Emas di Piala Dunia Qatar. - Foto AGENSI
Selain Ronaldo, penjaga gol Argentina, Emi Martinez yang meraikan kejayaan di Piala Dunia ketika memenangi Sarung Tangan Emas, turut memasuki senarai. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... rik-perhatian-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|