View: 7963|Reply: 97
|
Hilang Lepas Keluar Dari Inap Desa- Salsabila Ditemui Dalam Kondo Di Shah Alam Bersama Dua Individu
[Copy link]
|
|
SEPANG – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari sebuah inap desa di sini sejak awal pagi Ahad lalu ditemui selamat malam tadi.
Mangsa, Salsabila Putri Md. Nasir, 13, ditemui dalam sebuah kondominium di Seksyen 13, Shah Alam pukul 10.04 malam bersama dua individu lain.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 19 dan 18 tahun bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, siasatan mendapati, dua individu berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Foto: Kosmo
“Susulan tangkapan itu, kami turut menahan seorang lagi suspek iaitu lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan kes sama,” katanya.
Katanya, pihaknya turut merampas tiga unit telefon pintar, sebuah motosikal jenis Yamaha R15, dua helai baju, dua helai seluar dan dua unit topi keledar daripada ketiga-tiga suspek.
Wan Kamarul Azran berkata, siasatan awal mendapati, dua suspek lelaki berusia 19 dan 21 tahun mengaku menaiki motosikal bersama ke kawasan inap desa untuk bertemu dengan mangsa.
“Salah seorang suspek dan mangsa kemudian menaiki sebuah kenderaan e-hailing untuk pulang ke kondominium berkenaan.
“Seorang lagi suspek iaitu wanita berusia 18 tahun bagaimanapun mengaku tidak terlibat dalam kes itu, namun kebetulan berada di lokasi mangsa ditemui,” katanya.
Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, Salsabila Putri dikatakan hilang selepas keluar daripada sebuah inap desa di Taman Salak Maju, di sini.
Sementara itu, bapa Salsabila Putri, Md Nasir Abdul Rahim, 58, ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kerana akhirnya anak perempuannya ditemui dalam keadaan selamat. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dh jumpa..lega hati mak ayah. Cabaran anak remaja. Moga baik2 je dik lepas ni. Dengar cakap mak ayah. Xde apa yg indah sangat pun kat luar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti kawan bf dia menyumpah tak habis kat member kan..
kau gatal punai dengan aku kena angkut |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha... kelas ko dikkk..
da pandai lari ikut boipren tu...
hantar hospital dulu la cek, masih dara ker tak tu?
hahahahhahaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Budaknya lahai 13 tahun baru masuk menengah rendah. Acik nih umur 13 tahun gila main sticker lukis2 guna pen kaler gold & silver sebab jaman acik pen2 tuh baru ada wihihi |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 28-12-2022 10:37 AM
Kan betul, lari ikut kote{:ml ...
2b..buek ghapo....... |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Selamat ke ‘selamat’ dah budak ni
Sian parents ko nak! |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn pregnant plk dh la dik.. Tmbh nyusahkan mak ayah.. Birahnye la bdk2 zman skang.. Byk sgt tgk porn |
|
|
|
|
|
|
|
bondeh replied at 28-12-2022 10:37 AM
Budaknya lahai 13 tahun baru masuk menengah rendah. Acik nih umur 13 tahun gila main sticker lukis2 ...
Masa meols 13 tahun ada kwn yg berkawan dgn lelaki umo 18 tahun. Mmg tanak sekolah dah siap bangga jalan dgn pakwe umo besor |
|
|
|
|
|
|
|
seksyen 13 tu rasanya mmg ada satu condo kat situ
nama condo tu Emira Residences. betul betul depan Aeon Shah Alam
kalau budak tu tahu sewa Emira Residences tu berapa
rasanya dia taubat nak duduk situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cabaran besarkn anak2 zmn skrg
Duduk rumah x best sbb kena marah dgn parents
Buat itu ini x boleh
Konon nya dgn bf best sbb dpt manja2
X kena marah...boleh share masalah
Xyah belajar....
Hhhmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
gelak2 jugaktp serious ye kena buat test tu
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak je condo/apartment kat seksyen 13 tu..
nak nak kawasan student kan..
mesti bebudak laki ni stay condo kat sana gak..
dah open la shah alam sekarang..
boleh duduk campur bawak laki pompuan balik rumah..
dulu tak berani..
rajin jais ronda-ronda..
lagi-lagi kawasan banyak rumah sewa bujang/student..
|
|
|
|
|
|
|
|
takutnya lah, yg gelak2 kan anak ni mesti takde anak ye, berani sangat ikut jantan balik rumah, wonder kondo airbnb lah kot ye, sewa untuk melepak |
|
|
|
|
|
|
| |
|