View: 1272|Reply: 11
|
2 Kakitangan SUK Pahang 'Jual' Pingat
[Copy link]
|
|
Dua kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang ditahan dipercayai menyalahgunakan nombor pengenalan pekerjaan bagi memasukkan senarai nama individu yang ditawarkan gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ secara tidak sah.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek yang berusia 36 tahun dan 30 tahun itu bekerja sebagai pembantu operasi dan pembantu tadbir di pejabat sama.
Ramli berkata, suspek yang berusia 36 tahun dan 30 tahun itu bekerja sebagai pembantu operasi dan pembantu tadbir di pejabat yang sama. - Bernama
Menurut Ramli, kedua-dua suspek didakwa mengakses laman Sistem Pengurusan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang bagi tujuan mendaftar nama-nama individu yang tidak sah sebagai penerima pingat.
"Siasatan lanjut mendapati bahawa kedua-dua subjek ini telah menyalahgunakan nombor pengenalan atau ID Number mereka yang dibekalkan untuk memasukkan akses ke dalam laman Sistem Pengurusan Darjah Kebesaran Pingat Negeri Pahang dan membuat pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan laman sistem itu. Ini bermakna, (ubah suai dilakukan) tanpa apa-apa kuasa daripada pihak atasan," jelas Ramli.
Perkara tersebut terbongkar selepas seorang kakitangan dari pejabat yang sama menerima panggilan telefon pada 12 Oktober lalu daripada pihak Bahagian Istiadat, Pejabat Perdana Menteri bagi mengesahkan butiran seorang individu yang ingin memasukkan namanya ke dalam sistem rekod pingat dan darjah kebesaran.
Hasil semakan mendapati berlaku pertindihan rekod apabila nama individu tersebut tiada dalam senarai induk di Pejabat Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Rasmi SUK Pahang.
Tambah beliau, hasil semakan mendapati terdapat 29 nama individu dan butiran peribadi individu telah dimasukkan ke dalam sistem tersebut bagi tujuan menerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.
Menurutnya lagi, bayaran sekitar RM80,000 hingga RM150,000 ditetapkan bagi individu yang ingin mendapatkan gelaran terbabit.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 (akta 568) manakala kedua-dua suspek dituduh di bawah Seksyen 5(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(4) akta yang sama.
Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan esok.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
Kerani gred H11 & N19 ada id dah bole access, edit sistem? Hebat betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak caya iols dua org umur 36 & 30 buat benda ni. Baru berapa tahun budak2 kerja, benda ni dah puluhan tahun dah, open secret pun. Ini anak ikan bilis je ni.... Jangan tidak konon buat kerja, ya tak? |
|
|
|
|
|
|
|
cuols kena paham, masa jaman S. ahmad, mmg gelaran tu boleh "dibeli" tapi consider legal & official cuz both party were aware this urusan. dan segala "donation" masuk dlm dana yayasan yestana. yg ni rasa nya illegal way, "donation" masuk tabung kerani
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringin pula nak tahu siapa yang membelinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 28-12-2022 02:11 PM
cuols kena paham, masa jaman S. ahmad, mmg gelaran tu boleh "dibeli" tapi consider legal & officia ...
Oooo.... Kisahnya.... Faham faham |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.... sejak tukar gomen ni, macam-macam isu yg bukan kejutan jadi tiba-tiba kejutan... |
|
|
|
|
|
|
|
best lah. napa lak tak best, bila sebut dia tu dato, first impression oo dia ni mesti kaya, business juta2 megah holding gituh. |
|
|
|
|
|
|
|
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|