Pemilik sebuah rumah di Makassar, Indonesia terkejut apabila menyedari kehadiran ular sawa di atas siling rumahnya pada Ahad lalu.
Risau jika reptilia itu menyerang, pemilik rumah kemudian memanggil bomba untuk mendapatkan bantuan.
Tangkap layar yang memaparkan seekor ular sawa menyorok atas siling rumah dua tingkat.
Operasi mengeluarkan ular sawa itu tular di media sosial kerana saiznya yang besar menyukarkan proses mengeluarkannya.
Menerusi video tular itu, anggota bomba memecahkan siling luar rumah dua tingkat itu untuk menarik ular tersebut keluar.
Namun, usaha itu gagal kerana kedua-dua anggota tidak mampu melawan haiwan itu.
Susulan itu, anggota bomba terpaksa meletak umpan untuk memancing ular tersebut sebelum mereka memecahkan siling untuk menangkap haiwan sepanjang enam meter berkenaan.
FB Majoriti
Ular itu kemudian dimasukkan ke dalam karung beg sebelum dihantar ke lokasi yang lebih selamat.
Sumber: Majoriti |