View: 2410|Reply: 17
|
Baju Aina Abdul Disamakan Dengan Pokok Krismas, "Macam Kaktus, Puding, Tembikai, Katak Pun Ada"
[Copy link]
|
|
Fesyen unik penyanyi Aina Abdul sekali lagi menuai reaksi ramai apabila gaun dipakainya pada malam Konsert Kemuncak Pertandingan Bintang Kecil 2022 baru-baru ini disamakan dengan pokok Krismas.
Aina, 29, menggayakan gaun bersalut ‘taffeta’ berbentuk takhta bersama renda merah berlapis dengan baldu ungu serta turban yang berbentuk bunga mawar.
Foto: IG
“Inspirasi pokok Krismas ke ni? Ya Allah, macam berlebihan pula tetapi suara tetap merdu didengar,” tulis seorang netizen.
“Aina lepas gian ke tu sebab dah lama tidak pakai pelik-pelik, malam ini dia bagi pokok Krismas,” kata netizen lain.
Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang menyifatkan Aina sebagai ‘trendsetter’ apabila meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk artis Malaysia agar lebih berani dalam berfesyen.
“Aina sangat berani, dia tidak kisah dengan kecaman, dia meletakkan satu tanda aras yang tinggi untuk artis lain ikut.
“Kalau sekadar menyanyi bosan juga. Selain menyanyi dengan penjiwaan, baju juga adalah elemen yang terpenting,” komen seorang lagi netizen.
Sementara itu, menurut pereka fesyen jenama Behati iaitu Kel Wen yang menghasilkan gaun dipakai Aina, dia membayangkan sebuah takhta ketika menghasilkan baju tersebut.
Simboliknya adalah dengan membayangkan Aina duduk di takhta tersebut sekali gus menunjukkan penyanyi itu berkuasa dalam fesyen.
“Semasa saya mereka pakaian ini, saya memikirkan sebuah takhta. Dengan bunga mawar di kepala yang menjadi ‘trademark’ Aina, dia berada dalam kuasa fesyennya yang tersendiri,” tulisnya menerusi Instagram.
Tambahnya lagi, dia tidak kisah jika orang ramai menyamakan rekaannya dengan pelbagai benda kerana baginya, itulah maksud seni.
“Ada yang kata ‘look’ ini nampak macam kaktus, puding, tembikai, katak pun ada. Menarik untuk mendengar tafsiran berbeza tentang imej ini, itulah maksud seni,” kata Kel Wen.
Terdahulu, pelantun lagu Semalam itu kerap kali menuai perhatian netizen kerana sering tampil dengan imej fesyen pelik dan jauh berbeza dengan orang lain.
Dia jua pernah dikecam hebat apabila tampil dengan busana yang disamakan dengan plastik sampah ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) Ogos lalu.- CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah mcm org sewel je fashion dia ni kadang2… Kadang nampak elok, kadang nampak sewel, ada masa nampak mcm biol pun ada. Done ngutuk Ainabedol. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bottompro at 27-12-2022 05:56 PM
DikNa. Suara dh gojes. Kulit jerr xgojes. Meols selalu tgok kalau dlm gambo shanteks, bila aination post bideo bedul, ya hampun, lubang lubang berlopak, pakej minyak lg. Bedul ni bukan kategori shantek, tp shomel dan muka baik. Berbakat pulak semua lagi tulis sendiri. So she has the power sbb dia produce, dia compose and write all her masterpieces. Good luck la bedol. Cari laser therapy |
|
|
|
|
|
|
|
Ai suke plak die berpesyen gile2 cmni..kalo die perform..mesti tertanya2 apelah pesyen gile die nk pakai this time..so over the top.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry tetiba nampak macam sesumpah dalam Siti di alam fantasi. Okay la, dy pun tak kacau orang. Selagi ko xover smpai menyerupai mana², ak okay je. Layan la. Mungkin minat dy dari dulu nak try benda² macam tu. Ada duit, jalan la. Dy pun pakai pelik² time shooting performance macam tu. Hari biasa normal je kan |
|
|
|
|
|
|
|
ok la. lain dari yg lain. refreshing. walaupun aku takkan pakai style gini, but i find it ok la cuci mata skali-sekala. fesyen lain2 tu walaupun bertudung, agak hauk jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 teringat Didi aka lady gaga Malaysia...if Didi ada suara merdu dan bakat menyanyi..pasti skrg masyukkk juga kan |
|
|
|
|
|
|
|
cantik make up Aina kali ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa lah pesen sheols ni warok in the world rengse tgk |
|
|
|
|
|
|
|
ko jgn bag perhatian kat acik ni lah. sewel je aku tgk baju |
|
|
|
|
|
|
|
aku personally retis nak fashion pelik2 time award, event, time performing, photoshoot ni ok je masa ni lah nak melaram hauk ke elegant, asal dia tak pakai cenggitu time gi beli barang dapur kat jusco sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah memang trademark dia ghuper gini... terime jelar... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya ada org taja setiap baju pelik dia pkai... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ok je dia pakai pelik2 macam ni, at least dari jauh dah tau yg itu dia, ada trademark dia sendiri. Just p pakar kulit je, buat laser |
|
|
|
|
|
|
|
Saja dia nak tap attention |
|
|
|
|
|
|
|
baju dia pakai bagus utk hasilkan cerita fantasy.. boleh ku bayangkan cite ala ala magica, jula juli bintang 7 dan sebgainya.. |
|
|
|
|
|
|
|
pakai menyeksi confirm2 kena hentam
pakai tutup2 mcm ni pun kena jugak?..
talent dia lbh besar dr gaun die
so what???
|
|
|
|
|
|
|
| |
|